sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Sunday 3 August 2014

Gaza sembuhlah…

Seolah-olah ianya tiada titik henti..
Asap tak pernah lekang dari pelosok buminya..
Keluh kesah tak didengar..
Teriak bagai si majnun pun belum tentu diendah..

Siulan dan bisikan angin gurun..
Dari timur menyusul ke barat…
dari utara menyampai ke selatan..
Mereka berpasang-pasang terlambung dilambung..
Diletup meletup bagai binatang yang berpenyakit..

Anak,isteri,datuk,nenek,sepupu,saudara…
Mereka hanya melihat kematian menyinsing..
Merempuh tembok kehidupan nipis kian menipis..
Di bawah awan yang berbayang seribu cerita..

Mereka dihampar untuk tidur dalam kamar darah..
Bermain muzik dengan hentakan bunyi peluru..
Menari berkejar dalam asap dan runtuhan..
Alangkah nikmat jalan jihad…

Fisabilillah…!Fisabilillah..!Fisabilillah..!!!
Itulah jalan Tuhan…
Jalan berpenat lelah,menongkah kesakitan,..
Kadang peluru menembus tulang,mungkin percikan
Menembus dalam…
Saudara dan teman-teman…semoga sampai ke mana tujuan..
Semoga dipayung bawah sayangnya Tuhan..

Gaza sembuhlah…

Saturday 3 May 2014

Aku menjalani hidupku...
Dengan liku yang ditakdirkan di sisi..
Kau pula bagaimana??
Entah aku tak pernah tahu bagaimana...

Aku tidak terlalu memikirkannya..
Namun selang beberapa detik ketika aku melihat orang
Terfikir jauh sebenarnya aku...
Berimaginasi bagaimana watakmu..

Teman untuk berkongsi...
Siapa pernah tahu hakikatnya...??
Kau tiada dilihat dalam bentangan bayang-bayang...
Sejujurnya kau subur dalam doa-doa panjang...

Bila waktu kita akan bertemu..?
Entahlah...ini Cuma bicara dalam hati..
Kerana kau tidak pernah tahu tentangku mungkin?
Atau aku sudah terlalu tahu tentangmu...

Bila kita akan bertemu menduga naluri??
Entah aku tidak pernah tahu..
Kerana rasa sunyi dalam hati mungkin kan terisi..
Terisi dek tawa sekuntum bunga bernama isteri...
Tak kenal,tak tahu,tak mengerti...
Kau adalah rancangan Tuhan sebagai isteri..

Aku adalah aturan Tuhan sebagai suami...