sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Saturday 20 April 2013


Lukisanku berdakwat nyawa..
Di kertas kehidupan…
Tak dapat nak dipadam yang comot…
Makin lama makin usang….
Telatah air mata tak berbunyi diam sepi…
Marahkan hati kerana kecewa diduga…
Sinar langit cuba kugenggam…
Kutadah dengan tangisan ….
Masih aku diratah cemburu…
Alam berputar gelap…
Mengintai tirai sepi harap ada bunyi seri…
Dan aku denganku sebenarnya sendiri….
rahmat cintamu di sekelilingku…
Daerah nyata tak terlihat jua…
Teka teki hidup…
Melukis jawapan…..
Pelukan syahdu  hilang di hijab mata…
Aku buta merindumu yang sempurna…
Cuma menggalas sebutan…
Cintamu di hatiku…
Mengerti aku engkau ada…
Masih aku terpana mabuk…
Berpaling aku kau melihat…
Aku tersasar arah…

ibu...

ibuku...
suaranya masih lunak...
banyak makna di matanya..
memikir umurkah??
memikir anak-anakkah??
tiada luahan terbentuk di bibirnya..
ibuku...
bangkitnya awal pagi..
merintih,...
tisu jadi peneman air matanya..
bermunajat untuk zuriatnya..

ibuku..
dia sudah tua..
putih rambutnya dikelubung tudung...
tapi masih berseri..

ibuku...
anakmu ini...jauh...
anakmu ini...jahil...
anakmu ini...lemah...
anakmu ini...rindukanmu..

ibuku..
inginku sapu telapak kakimu...
menyucikan debuan letih di kakimu...
menghilangkan merekah di kakimu...
andai aku balik kepada Tuhan mendahuluimu..
ketahuilah...aku ingin mencium telapak kakimu..
sebagai anak yang selalu menyakiti...

ibuku...
suaramu tika beralun meleter..
ianya lebih indah dari suara buluh perindu...
tika suaramu memujuk manja ianya lebih sejuk dari hujan renyai...
tika suaramu kesakitan ianya lebih perit daripada melecur hati...

ibuku...
seorang manusia biasa...
tapi di anggota badannya ada syurga...
ibu...aku lebihkanmu dari hidupku...
tapi kiranya aku ini terkadang lupa...
doakanlah agar aku ini tak menjadi anak derhaka...
doakan daku ini menjadi...pengiringmu ke syurga....


andai ada mahkota emas bercahaya mentari…
yang kuraih dari bumi syurgawi…
ingin kupakaikan di kepala putihmu…
kerana daku tahu syurgaku meniti bersama usiamu…

andai jua ketika itu berputik…
rindu,sayang,kasih,cinta bersatu bentuk padu…
melambangkan tanda berakhir umurmu…
tiuplah doa dari alam sana…
agar tak bersendirian aku tempuhi dunia fana….

Hati Qiam



Telah lama hati itu menunduk…
Tiada kemudi menuju yang pasti…
Tanpa cinta yang menghadiri..
Rupanya sehitam arang kayu terbakar…

Risau resah dan jemu silih berganti…
Bermonolog sendiri tiada orang yang faham..
Hati itu berakar ditumbuh dengan lumut keruh…
Di manakah wajah sebenar bila rupanya sudah berbalam…
Hakikat perasaan dalam kotak hati…
Jawapannya tiada pernah terbongkar…
Hati tanpa mulut yang cuba bersuara…
Seribu bahasa tersembunyi….

Hati itu merintih dalam perbuatan…
Kata di mulut jasad, sentuh di tangan anggota…
Hati yang dahaga cinta yang sukar dirasa…
Dinginnya cinta membekukan tekak terbakar…
Sakit,pedih,sengsara…ya itu makna nikmat….

Sudah lama hati itu damba rasa…
Nikmat bercinta sampai tenggelam tak lemas jua…
Di dasar dibelai melebur dosa…
Hati itu sudah qiam…
Tiada mata melihat jua…
Hati itu sudah qiam…kini merunduk malukan Tuhan…

Monday 15 April 2013

Aku Tersasar Arah


Lukisanku berdakwat nyawa..
Di kertas kehidupan…
Tak dapat nak dipadam yang comot…
Makin lama makin usang….
Telatah air mata tak berbunyi diam sepi…
Marahkan hati kerana kecewa diduga…

Sinar langit cuba kugenggam…
Kutadah dengan tangisan ….
Masih aku diratah cemburu…
Alam berputar gelap…
Mengintai tirai sepi harap ada bunyi seri…
Dan aku denganku sebenarnya sendiri….

Rahmat cintamu di sekelilingku…
Daerah nyata tak terlihat jua…
Teka teki hidup…
Melukis jawapan…..

Pelukan syahdu  hilang di hijab mata…
Aku buta merindumu yang sempurna…
Cuma menggalas sebutan…
Cintamu di hatiku…
Mengerti aku engkau ada…
Masih aku terpana mabuk…
Berpaling aku kau melihat…
Aku tersasar arah…