sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Tuesday 17 May 2011

hitam itu biarlah rahsia

.Salam Itu Ikatan
.hormat Itu Nilai.
.Hamba Itu Jiwa
.Malam itu Rindu
.Prinsip Itu I'tidad
.Pahit Itu Penawar
.Kelam Itu cabaran
.Gagal Itu Ilmu
.Gerak Itu Ikhtiar
.Diam Itu tawakal
.Wardah Itu Bicara
.Hitam Itu Biarlah Rahsia.

Monday 16 May 2011

Dulu....

dulu...
kita bersapa dengan ucapan seleret senyuman..
yang faham hanya hati dan naluri....
waktu itu hari cerah dalam dewan yang berfalsafah..
dulu...
kita menjenguk mata,memerhati duka..
perkongsiannya berupa gelak dan ketawa...
waktu itu hari redup,awan bergumpal tapi ceria..
dulu...
cerita kita menepati perkaitan..
namaku bermaruah..
namamu bercahaya...
bila digabung disebut cahaya yang bermaruah..
waktu itu malam suram,dinginnya seram...
dulu..
air berukir dalam pasir..
berbentuk simbol yang dikenali tapi berbeza..
dan itulah hadiah istimewaku..
waktu itu aku melihat,petang bercahaya menyergah lubuk dadaku..
dulu..
dalam renyai hujan..
gempita guruh,larian kecilmu pergi..
dalam aku kuyup menggigil...
waktu itu petang gelap yang cemburu..
hiasannya mendugaku sekarang...
tapi..
itu dulu...
ku gali kuburmu,dengan tanah berupa darah...
ku kebumikanmu dengan nesan sekeping hati..
kerana dululah aku masih berteleku di sini...
memerhati yang pergi,menyusup di balik bukit contengan...
yang kaburnya kulihatkan padamu...
dan..kerana dulu juga..
hatiku selalu tersentap..
dicarikkan dengan lorong gelap destinasiku...
dan kerana dulu juga...
aku selalu bungkam dalam menungan yang panjang..
sedang yang patah itu lihatnya gah..
namun disentap bayu ranap rosak sengsara...

Sunday 8 May 2011

Aku saksikan tidurmu

katil itu bertelanjang
sepi tidak berpenghuni...
dulu di ruang itulah tempat berlabuhnya
sekeping baringan...
hari ini tidak lagi...
permulaan hari...
kau aku kenali sebagai 'pencerita'
cara bergelak sendamu berlagukan sempurna..
tapi setiap detik ukirannya punah..
aku hanya berdiam..
makan,minum,helaian buku,panggung setiap cerita...
kita adalah bersama...
sorokan pada keangkuhanmu berbaur dendam..
aku tidak bingung untuk itu...
tapi kau mula memakai pakaianmu..
berupa untaian kebodohan dan sapaan kemegahan..
menindas setiap caraku...
saat aku mula tertidur..
kau belai dengan pengkhianatan..
memadailah sekali ku hamparkan ruang mencipta sifatmu kembali..
namun kau buta menilai...
hari ini aku tidak datang untuk membuangmu...
tapi kau menghina jasadmu dengan makianmu sendiri...
sahabat itu dulu...
kau sempurna untuk ku luah gelak ketawa...
hari ini...kaulah musuhku penjana kebencian di lubukk hati yang kotor...

beribu sesalan..

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu


Setelah cinta pergi

Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

lirik lagu ni memang 'best'..hahaha...walaupun hakikatnya cara pencurian lagu ini
,menunjukkan satu perasaan yang jiwang tapi lagu ni memangla sedap,enak,dan mantap..hahahah...
bila dengar lagu ni macam menerawang je kepala dan jasad aku..kui3...
so,kenyataan yang aku telurkan kt sini,aku jiwang bila dengar lagu ni...hahaha...

silalah dengar..sb aku malaz nk upload lagu ni kt lam blog yang tak brape nk shomeyyy ni..haha

larat jiwa

rintihan sekeping jiwa laratnya membunuh perasaan..
apakan daya....saat rindu terbungkam berakar menatap gundah...
hati berkata tak bersuara..dalam bisu itu melakar tangisan...
aduhai perit berbangsakan cinta yang asasnya makhluk..
namun itulah hakikat hidup...
lumpuh kerana sayang..
patah kerana cinta..
galau kerana rindu..
resah kerana cemburu..
nyatanya..bersendiri..dan bersendiri...
lintangan yang tertadah di hadapan
adalah gambaran kotornya hati..
risau yang menjengah adalah iman yang merintih..
cinta manusia dikejar hingga mati...
cinta makhluk dijadikan nadi...
sampai saat...cinta itu mati...
mati bertemankan penipuan yang abadi...

Wednesday 4 May 2011

dalam kelubung itu ada cahaya

berkelubung dikau di dalam selendang itu..
terdiam dan tertunduk...
caramu diperhati...
nur itu menenggelamkan hati...
gerakmu tidak dipertunjuk buat mereka yang tidak arif...
tapi dikau sedar dan memahaminya...
gedik di hati itulah cerita...
cerita tidak untuk orang lain...
mencari yang awal untuk mengakhiri yang hujung...
yang awal itu bermula yang akhirnya masih tidak bertanda...
berjalanlah...
bergetar sanubari...
qalbu terbakar...
mencipta kaabah dalam qalbu...
khazanah indah bagi setiap sifat yang bergelar khalifah...

Sunday 1 May 2011

hati tidak lena....

mata tidur...
hati tak lena...
kerana dalam hati itu ada sesuatu...
hati bersuara...
walaupun tanpa bibir sebagai penyata...
berkata tentang sesuatu yang dipuja...
getarannya tidak didengar..
tapi sapaannya tenang...
tenang seperti angin dalam renyai hujan...
dingin dan mendamaikan...
silih berganti antara degup jantung dan bicara hati...
tuturnya sama...
yang dilihat,
diperhati semuanya dipuji..
kerana sudah asyik..
hati itu bergetar...
nafas pun terhembus..
jantung mengepam..
nafas berbunyi...
bila diperhati dengan telinga dan hayati..
hati itu bergetar menyebut ALLAH...
nafasnya pula terhembus berbunyi HU...
bila digabung kata hati dan nafas itu..
maka tersebutlah ALLAHU...ALLAHU..ALLAHU...