sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Saturday 3 May 2014

Aku menjalani hidupku...
Dengan liku yang ditakdirkan di sisi..
Kau pula bagaimana??
Entah aku tak pernah tahu bagaimana...

Aku tidak terlalu memikirkannya..
Namun selang beberapa detik ketika aku melihat orang
Terfikir jauh sebenarnya aku...
Berimaginasi bagaimana watakmu..

Teman untuk berkongsi...
Siapa pernah tahu hakikatnya...??
Kau tiada dilihat dalam bentangan bayang-bayang...
Sejujurnya kau subur dalam doa-doa panjang...

Bila waktu kita akan bertemu..?
Entahlah...ini Cuma bicara dalam hati..
Kerana kau tidak pernah tahu tentangku mungkin?
Atau aku sudah terlalu tahu tentangmu...

Bila kita akan bertemu menduga naluri??
Entah aku tidak pernah tahu..
Kerana rasa sunyi dalam hati mungkin kan terisi..
Terisi dek tawa sekuntum bunga bernama isteri...
Tak kenal,tak tahu,tak mengerti...
Kau adalah rancangan Tuhan sebagai isteri..

Aku adalah aturan Tuhan sebagai suami...

mati tidak bertunda

Telingaku basah disiram embun bertitik-titik..
Walaupun sunyi tapi senyap itu masih berbunyi...
Derap tapak kaki semut pijak bumi tak jauh dari telinga..
Bunyinya dekat tapi entah di mana...

Rabun ini makin menjadi-jadi..
Berbinar perhati sesuatu tak jelas sudah..
Kadang-kadang tersilap,tersalah nampak..
Ini bukan umur merangkak tapi umur untuk bongkok...

Ada teman-teman sudah dibawa pergi..
Pergi memimpin pasangan hidup..
Pergi mencari usul cinta..
Yang pasti,telah ada yang pergi bertemu Tuhan..abadi..

Kadang-kadang bila terfikir...
Kasut sekolahku...
Lencana lusuh di baju...
Beg sandang tidak berbuku...
Aneh perasaannya...

Perlahan-lahan Tuhan tarik nikmat hidup..
Yang senang dirasa tak memuaskan..
Langkah dahulu senang diterap di mana-mana..
Kini sengit untuk melangkah ruang...

Di saat ini..mungkin tak semua fikirkannya..
Dan aku berjelaga dek asap pelita..
Pelita hidup yang bersumbu pendek..
Barangkali mahu padam jadikan gelap..

Di saat ini..mungkin tak semua fikirkannya..
Ketika aku lihat sebutir cempedak muda...
Ketika aku lihat seekor kucing tua...
Segar bugar dan tua bangka...

Cempedak muda gugur dilontar batu..
Kucing tua termenung tunggu makanan..
Yang muda pergi dahulu..
Yang tua masih berjalan...

Bila-bila sahaja...
Bila-bila sahaja...
Bila-bila sahaja...

Sebab mati tidak akan bertunda...