sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Saturday 28 April 2012

celiklah untuk cinta

pagiku terjaga..
perasaan kugenggam..
aku merangkak kehausan..
ketandusan yang tak terduga..
walaupun harapan telah hilang..
dan cinta sudah tidak berkumandang...
hati tetap ada kenangan..
rindukan kenangan ajaib silam..

aku masih tidak tenteram..
aku masih tergamam..
aku terlalu kecundang..

memerhati dari jauh..
memandang dalam sudut yang terperangkap...
kerlingan mata tak pernah bertaut..
aku merasakan kehadiranmu..
aku menghidu senyumanmu..
tak ingin mendekatimu..
mengetahui tentangmu..
hilang rencana hidupku..

orang lain miliki cinta..
tetapi hatinya separuh disimpan takut derita..
bila aku miliki cinta..
kuserapkan semuanya menuju jiwa..
bila cinta tidak lagi bermaya..
aku tertunduk menahan hiba..
disepak rindu bertalu-talu..
disimbah air mata tak henti-henti..
direjam kecewa sampai hari ini..

sedetik..dan detik-detik..
bunyi angin menyunyikan..
kau tiada lagi dalam diriku..
seindah kecewa hari itu..
indah lagi kekosongan yang terisi dan terbuang..
dengan gelak ketawa teman-teman..
mujurlah adanya Tuhan..
bermadah padaNYA dengan munajat dan rintihan..
hari ini..aku bebas..

aku menempah untuk kecewa..
dan aku belajar makna kecewa..
jika orang bercerita tentang kecewa bercinta..
aku bebas dari cinta dewasa..
cinta sebenarnya ingin kuraih sempurna..
campakkan cintaMU di jantungku..
agar setiap degupnya tiada lupa untukku memuja..
celiklah untuk cinta...

cinta Allah..
cinta Malaikat..
cinta Rasul...
cinta Allah satu..
cinta malaikat taat..
cinta rasul kasih sayang...=)


Friday 27 April 2012

wajahnya samar...

melihat orang itu...
jantung hilang degupannya..
melihat orang itu..
kaki melangkah tak sederas selalu..
memerhati wajah itu..
ada ketulan rasa rindu...
menilik wajah itu..
dahsyatnya hamparan perasaan..

wajah itu..
muka itu..
wajah itu..samar...
tak meniti di birai mata..
tapi bersoal jawab jauh di sudut hati hamba..

wahai jantung berdeguplah..
wahai langkah..
jangan berhenti..
aduhai rindu lenyaplah...

hati dikau tidak bermulut..
jadi membisulah..
jangan biarkan keprihatinan jasad
melepaskan biacaramu..
kerana luahanmu selalu menduga jiwa..
tidurlah dalam gelap..
kerana kau miliki cahaya dalam gelap...
kerana itu kau hidup walau bisu di tempat gelap...