sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Wednesday, 19 December 2012

Aku telah mati


Tiga lapis kain panjang…
Ikut pula kesesuaian..
tujuh lapis juga menjadi rebutan…
Lebarnya mencukupi badan…
Berlapis papan-papan…
Sebagai kenderaan…
Wangian-wangian..
Berbau seram…
Cerita anak Adam…
Berputih mata…
Kembali pulang…
Jangan didinginkan..
Janganlah dipanaskan..
Berpadan-padanlah…
Aku baru lepas…
Sakit dari terbakar…
Jangan litupi wajahku..
Biarku pandang semuanya puas-puas…
Kerana…di sini detiknya…
Perpisahan terkahirku…
Tiada lagi mampu kulihat selepas ini..
Wajah-wajah yang kukasih…
Kerana garis pemisah ini tak mampu untuk ku langkah…
Hilanglah semua masalah duniawi..
Yang ada tinggallah…
Urusanku dengan Tuhanku…
Mencatur setiap sesuatu..
Tiada tertinggal..
Tiada tertinggal..
Kesemuanya ditilik diteliti..
Aduh…aku telah mengakui..
Aku telah mati…

Thursday, 13 December 2012

mata ini


Mata ini..
Ku guna sudah bertahun lamanya..
Banyak perkara yang kupandang..
Banyak kali sudah terpejam…
Mata ini…
Selalu memandang…
Ngeri hidup…
Tangisan dunia…
Gembira manusia…
Mati manusia…
Liang lahad…
Langit berawan..
Langit berhujan…
Mata ini…
Tak banyak menangis untuk Tuhan..
Mata ini..
Tak banyak menangis kerana keinsafan…
Mata ini…
Selalu berkelip..
Terbuka dan terpejam..
Mata ini…
Satu hari akan terpejam…
Selama-lamanya…
Waktu itu…
Mata ini tidak akan lagi…
Memandang keburukan…
Hanya bersoal jawab..
Tentang apa yang dilakukan..
Salah dan silap di sisi Tuhan…
Mata ini…
Jadilah mata yang baik…
Memandang yang baik-baik..
Agar cara rapatnya nanti baik-baik..