Sukarnya mentafsir rasa cinta …
Layarnya tak terbuka ditiup angin..
Berkibar pula ketika angin berhenti…
Kenapa begini dan begitu??
Sauh dilepaskan air tak berkocak…
Awan rimbun gagal berhujan..
Usah persoal tentang rasa…
Sebab uniknya tenggelam dek suka…
Suka pula bagaimana???
Langsung manusia itu gagal lukis erti suka…
Yang ada cuma warna-warni…
Siapa itu memakai setanggi wangian mati..?
Melekat bau wangi tiap penjuru…
Aku mula kisah warna dunia…
Wangian sang embun…
Ditiup madah angin dalam gemala…
Sang puteri terjun dari atas gunung sana..
Membuka kubur berkunci…
Keranda budi yang tak tercoret seni…
Bukalah…
Bukalah…
Bukalah…
Musafirnya aku dalam kesendirian…
Berhati lusuh di lantai pasir dan debuan…
Sehebat tamparan semalam gugurkan aku di pangkuan puan…
Aku temui kesamaan…tapi entah bagaimana bermulanya..
Sampai ku lihat warna-warni alam tak pernah tenggelam..
Sampai kurasa hati itu punyai ruang…
Ruang halus yang boleh dilalui jika nipiskan badan…
itulah warna warni kau yang aku langsung tak ketahui...
sifat hakikat dalam bukti
kalau berani hidup,di situlah akan adanya mati..kalau bersenjatakan roh,peperangannya ialah ajal.
Tuesday, 4 June 2013
Saturday, 20 April 2013
Lukisanku berdakwat nyawa..
Di kertas kehidupan…
Tak dapat nak dipadam yang comot…
Makin lama makin usang….
Telatah air mata tak berbunyi diam sepi…
Marahkan hati kerana kecewa diduga…
Sinar langit cuba kugenggam…
Kutadah dengan tangisan ….
Masih aku diratah cemburu…
Alam berputar gelap…
Mengintai tirai sepi harap ada bunyi seri…
Dan aku denganku sebenarnya sendiri….
rahmat cintamu di sekelilingku…
Daerah nyata tak terlihat jua…
Teka teki hidup…
Melukis jawapan…..
Pelukan syahdu hilang
di hijab mata…
Aku buta merindumu yang sempurna…
Cuma menggalas sebutan…
Cintamu di hatiku…
Mengerti aku engkau ada…
Masih aku terpana mabuk…
Berpaling aku kau melihat…
Aku tersasar arah…
Subscribe to:
Posts (Atom)