sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Friday, 27 April 2012

wajahnya samar...

melihat orang itu...
jantung hilang degupannya..
melihat orang itu..
kaki melangkah tak sederas selalu..
memerhati wajah itu..
ada ketulan rasa rindu...
menilik wajah itu..
dahsyatnya hamparan perasaan..

wajah itu..
muka itu..
wajah itu..samar...
tak meniti di birai mata..
tapi bersoal jawab jauh di sudut hati hamba..

wahai jantung berdeguplah..
wahai langkah..
jangan berhenti..
aduhai rindu lenyaplah...

hati dikau tidak bermulut..
jadi membisulah..
jangan biarkan keprihatinan jasad
melepaskan biacaramu..
kerana luahanmu selalu menduga jiwa..
tidurlah dalam gelap..
kerana kau miliki cahaya dalam gelap...
kerana itu kau hidup walau bisu di tempat gelap...

No comments:

Post a Comment