sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Saturday 17 November 2012

hai awak


Hai awak…
Saya di sini..
Awak di sana..
Saya tak bermasam muka…
Melihat awak saya rasa bahagia…

Hai awak…
Saya tak mahu tengok awak lagi…
Saya dah tak boleh tengok awak lagi…
Tak mampu tengok awak lagi…

Hai awak…
Tangan awak dah bersarung cincin..
Bakal pula berjabat akad..
Berhias hantaran…
Saya tak boleh senyum..
Tapi saya perlu juga senyum..

Hai awak..
Bermajlis bersederhana..
Bersesuai akhlak dengan mahar..
Saya tak mahu jenguk awak lagi..

Hai awak..
Semoga kekal ke anak cucu..
semoga segala-galanya indah-indah..
selamat ke jinjang pelamin…=)

walau awak tak baca nukilan saya, tapi sy tetap doa untuk awak…walaupun tak seberapa,tp sebenarnya merangkumi sluruh jiwa dan raga…kata sunan kalijaga, dikau tetap rembulan walau dari sisi yang gelap…

3 comments: