Segalas ilmu kau pikulkan di pundakmu..
Akhirat,akhirat,akhirat…
Negara abadi…
Terpacul dari kuluman lidah yang hidup puluhan tahun..
Dalam kisah lorong-lorong bahas…
Suaramu tak tersembunyi diam..
Malah lantang kuat penuh prestij..
Suara dalam kitab yang dilontar dengan nafsu..
Kamu itu…berpakaian penuh sopan..
Berlilit kepala ikut warna suci…
Jubahmu pula berkilau bagai sutera tenunan malaikat…
Sayang…kau mengherdik..menghina…mencaci…memaki..
Semuanya terhambur dek kerana hatimu kelam suram…
Aku bukan hakim dunia untuk menghakimi makhluk di dalamnya…
Bukan pula Tuhan yang menghakimi di akhirat sana..
Tapi aku sebagai pemerhati…
Melihat kamu,kamu dan kamu…seperti anak muda..
Darahnya panas mencatur tanpa budi…
Lepasan ijazah berpusu-pusu keluar dari binaan al- Azhar…
Bergaya di laluan dengan bauan atar mewangikan alam..
Namun umat kian jahanam..
Ke mana menghilangnya yang murobbi???
Yang mendidik dari pangkal hati??
Salam itu masih bertemu jawapan..
Yang pandai mendidik hati itu tak dapat diperhati…
Sudah hilang doa barakah..
Sudah hilang martabat guru…
Sudah ranap qiblat hati…
Bila guru berkata Tuhan berjisim…
Guru pula berkata Tuhan itu dalam hati…
Jadilah seperti si penjual agama…
Yang menyesatkan dan melarikan qiblatTuhan…
No comments:
Post a Comment