sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Saturday, 29 October 2011

adakah tanpa nafas kita hidup????
adakah tanpa nafsu kita berkemahuan??
adakah tanpa akal kita berfikir???
adakah tanpa jiwa kita merasa???
adakah tanpa kejadian kita ada???
adakah tanpa mata kita melihat??
adakah tanpa mata hati kita celik???
semuanya tentang hidup sebenarnya...
dalam hidup adanya nafas...
pada nafas hidupnya nafsu...
pada nafsu adakah bersifat?????
bilakah akan tenggelam???
dalam rahsia yang gelap...
sembunyi rahsia dalam pengetahuan...
dalam rahsia adanya indah...

Sunday, 9 October 2011

Hijabmu bukan di hati..



Sudahlah dikau berhijab...
Jauh pula di pulau tidak berperahu..
Masakan renangan mampu meredakan cetusan rindu???
Belajar berkorban..
Itulah erti sebuah kesanggupan..
Tidak!!!
Itu kata hati yang bersadur nafsu..
Hati selalu bermaharajalela..
Membelakangkan janji yang bertuan..
Lupa ditipu masa..
Dikau bukan pandanganku..
Melihatmu hanya membinasakanku..
Biar kau berhijab..
Menyeksa sengsara kepingan tubuhmu..
Bila  terdetik satu waktu..
Dikau  bukan teguranku..
Tidak menyingkap kelabuhan kerana tertipu..
Di kawasan rata yang tandus..
Aku tidak bercerita tentangmu untukku..
Melepaskan aku dari kedhaifan yang dikejar manusia..
Kerana kau mendekati Tuhanmu sebelum kau berjuang bersamaku..