Sudahlah dikau berhijab...
Jauh pula di pulau tidak
berperahu..
Masakan renangan mampu
meredakan cetusan rindu???
Belajar berkorban..
Itulah erti sebuah
kesanggupan..
Tidak!!!
Itu kata hati yang bersadur
nafsu..
Hati selalu
bermaharajalela..
Membelakangkan janji yang
bertuan..
Lupa ditipu masa..
Dikau bukan pandanganku..
Melihatmu hanya
membinasakanku..
Biar kau berhijab..
Menyeksa sengsara kepingan
tubuhmu..
Bila terdetik satu waktu..
Dikau bukan teguranku..
Tidak menyingkap kelabuhan
kerana tertipu..
Di kawasan rata yang
tandus..
Aku tidak bercerita
tentangmu untukku..
Melepaskan aku dari
kedhaifan yang dikejar manusia..
Kerana kau mendekati Tuhanmu
sebelum kau berjuang bersamaku..
No comments:
Post a Comment