sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Tuesday, 11 December 2012

Wahai Bapa


Dikau bagai rembulan penuh..
Menyatakan cahaya walau dalam rimbun pepohon..
Andai dedaun kering menjadi baja…
Bagi tanah-tanah lembap..
Dikau pula, penyubur hati dunia..

Kami ingin menumpang dirimu..
Di bawah cahaya kami berbayang…
Dikau tidak berbayang…
Dikau tidak mampu digambarkan…

Sekiranya alam jadi pencerita..
Pasti kelu lidahnya alam..
Tidak mampu menggambarkan..
Di mana permulaan dan di mana akhirnya kalam…

Pada dirimu terlihatnya taman..
Pada dirimu terkerdip tatah-tatah berlian..
cukup pada tulisan..daku melihat bagai di depan..
Pada dirimu lengkaplah semuanya..

Wahai bapa sekalian bapa…
Sungguh mujahadah dalam merindumu…
Tak lepas dari dusta..
Daku terpelanting diduga dan diduga…

Wahai bapa sekalian bapa…
Seni bicaramu halus mulus…
Kasih sayangmu merantai neraka…
Syafaatmu menutup murka…

Wahai bapa sekalian bapa..
Penyata akhlak yang paling mulia…
Sejahteralah Dikau selamanya…
daku belajar merindumu cinta..

Wahai Allah yang Maha Esa…
Campakkan rasa kasih buatku…
Lemparkan rasa sayang padaku..
Limpahkan serpihan rindu untukku…
Agar aku dirinya itu…
Walau tidak kulihat di kaca mata…
Cukuplah daku merasa…
Indahnya bercinta dengan Nabi yang mulia…


Selawat dan salam buat Rasulullah SAW kpd ahli keluarganya,para sohabetnya R.anhum ajma'in...kpd para tabiin,tabi' tabiin,kpd roh2 ahlul bait,kpd mursyid2 yang 'arif billah,dan khususnya buat rohaninya Ghaus ul Azam Asstanii syeikh syed 'Abdul Baqi al Husaini al Bukhari al Bilvanis...

Terima Kasih


Terima kasih
Cuma itu yang kudamba…
Terima kasih…
Itu tanda orang yang menghargai…
Terima kasih..
Sekadar ucapan biasa…
Terima kasih…
Itu tanda sebuah ikhlas…
Terima kasih…
Keramatnya dirasa…
terima kasih…
perkataan anak kecil…
terima kasih..
tapi…
kerana terima kasih itulah..
mata mampu bergenang…
kasar menjadi lembut..
sakit mampu sembuh…
dendam jadi debu..
yang pasti..
terima kasih Tuan punya badan..
terima kasih wahai Tuhan…
memberi daku erti kehidupan…
terima kasih Tuhan…

bukan semua orang mampu ucap terima kasih...pada dua perkataan itu mampu merungkai berjuta maksud yang dipendam...huh!kpd yg pnh mberi,terima kasih smua...=)