sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Saturday, 20 April 2013

Hati Qiam



Telah lama hati itu menunduk…
Tiada kemudi menuju yang pasti…
Tanpa cinta yang menghadiri..
Rupanya sehitam arang kayu terbakar…

Risau resah dan jemu silih berganti…
Bermonolog sendiri tiada orang yang faham..
Hati itu berakar ditumbuh dengan lumut keruh…
Di manakah wajah sebenar bila rupanya sudah berbalam…
Hakikat perasaan dalam kotak hati…
Jawapannya tiada pernah terbongkar…
Hati tanpa mulut yang cuba bersuara…
Seribu bahasa tersembunyi….

Hati itu merintih dalam perbuatan…
Kata di mulut jasad, sentuh di tangan anggota…
Hati yang dahaga cinta yang sukar dirasa…
Dinginnya cinta membekukan tekak terbakar…
Sakit,pedih,sengsara…ya itu makna nikmat….

Sudah lama hati itu damba rasa…
Nikmat bercinta sampai tenggelam tak lemas jua…
Di dasar dibelai melebur dosa…
Hati itu sudah qiam…
Tiada mata melihat jua…
Hati itu sudah qiam…kini merunduk malukan Tuhan…

Monday, 15 April 2013

Aku Tersasar Arah


Lukisanku berdakwat nyawa..
Di kertas kehidupan…
Tak dapat nak dipadam yang comot…
Makin lama makin usang….
Telatah air mata tak berbunyi diam sepi…
Marahkan hati kerana kecewa diduga…

Sinar langit cuba kugenggam…
Kutadah dengan tangisan ….
Masih aku diratah cemburu…
Alam berputar gelap…
Mengintai tirai sepi harap ada bunyi seri…
Dan aku denganku sebenarnya sendiri….

Rahmat cintamu di sekelilingku…
Daerah nyata tak terlihat jua…
Teka teki hidup…
Melukis jawapan…..

Pelukan syahdu  hilang di hijab mata…
Aku buta merindumu yang sempurna…
Cuma menggalas sebutan…
Cintamu di hatiku…
Mengerti aku engkau ada…
Masih aku terpana mabuk…
Berpaling aku kau melihat…
Aku tersasar arah…