sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Sunday, 10 July 2011

Bukan cinta laksamana...



Aku bukan laksamana.
.
Berselit keris panjang dipinggang..


Bersetanjak dendam tak berkesudahahan..


Picing anak mata pelenyap derai ketawa yang datang..


Kau pula puteri beraja..


Tampuk mahkotamu penunduk


Kesemua yang setia menjulang daulat..


Kemewahanmu tidak berupa jalan berdebu orang lain..





Tika kau diutus bersemuka..


Memandang wajah-wajah asing pada sisimu..


Kau bekerdip bagai zamrud berkaca..


Gundah hatiku memandang bukan milikku..





Kau dijulang pada yang menghayati..


Padaku pula...


Manakan zamrud didampingi fairuz...


Ketara gilanya mengundang maut...





Tapi waktu selalu beruangkan laluan...


Mudah bila dipermudah...


Puteri bercanda di daerah jelata...


Di situ tidak kau dijaga ketara..


Tika itu mata pula berbicara..


Halus bahasanya..


Ditafsir hati menongkah seraut kelihatan..


Yang difahami sebagai senyuman...


Di perkampungan hati..


Takhta mula digila..


Aku dalang pencipta..


Kabur berputerikan sunti di raja...





Aku bukan keponakan bangsawan..


Bukan pula alir darah sanat sultan..


Cuma lupa diri untuk bertuan..


Derhaka pada janji sekeping diri...


Sugul bercinta meraih puteri...





Bermaharajalah derhaka pada daerah itu..


Puteri pula bermanis muka...


Akibat mata bercerita tentang jiwa yang jatuh cinta...


Aku cuma pencipta duka


untuk daerah hatiku yang selalu hiba...





walaupun cintaku itu bukan cinta laksamana..


tapi cinta itu bermaruah..


walaupun cinta puteri itu memandang jelata..


tapi cinta itu nilainya cahaya...


sekian lama...


saat dirobohkan hari...


hari dibedil bulan...


bulan dipinang tahun...


puteri lupa santun beradap..


mula angkuh pada sifat...


aku hanya termanggu menyinsing murka...


murka tidak berdaulat..





bertumpah darah berpantang adat...


manakan murka tidak berkeris..


walau bukan bersenjata keramat..


hunusan keris itu penyata keringat hati sedang letih..


letih memendam rasa...


kau puteri..


memperhamba hatiku jelata hina...


membuangku tatkala lupa..


hati mula bersapa..


tidak bersapa untuk mesra..


tapi bertukar taruhan..


antara hati dan nyawa...


hati dulang emasku...


nyawa kupertaruh buatmu...


setapak gerakmu patah kau terima..


tak berganjak jasad hatimu mati adatnya..


berperanglah dua hati...


digempur senjata silam berupa


keris berlok kenangan..


bila tersungkur jasad puteri..


ku iring sebak tak sampai hati...


manakan ditikam rasa yang membuak sayang..


puteri berlalu..


kejam tak langsung pilu..


aku berdarah ditikam keris sendiri...


tidak mati tapi terlalu menyayangi..


pergilah hidup itu..


berbaur sekelumit kenangan yang jarang ditemui...


untukmu puteri...


kau selalu menerpaku..


setiap yang dilihat nampaknya kita bersatu...


bersatu satu ketika dahulu..


kau puteri..


mahkotamu diukir baru..


pakai indahmu mahkota nilam seribu...


aku jelata biasa..


tak menempa keris laksamana..


sekadar berhunus keris lama berdarah hati...


tikamanmu aduhai puteri... 

Anugerah..



Dulu aku mencintaimu
Umpama tiada tara menyerupai indahnya dirimu..
Dulu aku merinduimu bagai tiada noktah
Yang mampu menghentikan rindu itu...
Dulu aku menghiasi sepenuh hatiku dengan nama
Serta waktu-waktu indah bersamamu...
Dulu ku korbankan egoku...
Ku lontar jauh..jauh dengan harapnya aku mampu..
Mampu...
Menjaga...
Memahami..
Menghargai...
Menghormati..
Hatimu...
Tapi semua itu disentap Tuhan...
Kerana aku terlalu merasa semua itu sempurna...
Sejenak waktu berhenti...
Waktu itu aku kecewa..
Kecewa menilaimu...
Cinta itu hakikatnya berasas tawa dan gembira semata-mata..
Hakikatnya cinta adalah untuk Allah...
Rindu itu sebenarnya untuk mati..
Hati itu tempat membenarkan agama...
Pengorbanan ego itu adalah untuk Allah..
Sesaat yang berlalu itu indah...
Saat aku mengagungkanmu....
Tapi hari ini aku fahami...
Air mataku tidak mampu memadam kepingan-kepingan api dosa...
Api dosa kerana mencintaimu untuk nafsuku...
Sedang Allahuta’ala menghantarmu padaku
Untuk menguji indah kasihmu
Masih tidak mampu melawan indah sifat Asma
Pada ZatNYA yang tak pernah mati...
Ku tulis namamu dengan kalam indahmu sebagai manusia..
Namun dipadam Tuhan dengan Kalam mukjizat penghapus kekurangan...

Pulanglah roh yang kecewa



kau tulis cintamu di hatiku dengan kalam bernama sakit..


umpama dentuman guruh memuja hujan..

seperti laut membina gelombang..

seolah-olah gurun memanggil angin..

hati itu terkoyak..

rabak berdarah bermandi luka...

jasad berkeringat..

jiwa tak berfirasat..

dalam hati lahir munajat..

munajat pinta menghalang semangat..

agar bertebar kau melayang pudar...


tapi...

tika bermula..

kau ku puja dengan nafsu.
.
penghalang pula kepulanganmu ku hias seluas penyertaan

yakni munajatku berserta ilmu...

air mata jadi penghias racun tiupanmu...

kau hadir..

menyelongkar sendi gerakku..

manakan daya berdiri tidak bersendi...???

aku tersungkur dihinamu..

berulas kasihmu pada setiap gerakku..

berjuta ucapanmu menggelapkan fikiranku..

sebenua sayangmu meresap jantungku..

ditinggalkan jua atas nama cinta tidak bercemburu..

sugul watakku kau hadir meranapkanku..

datang sekilas pandang...

aibnya kurasa lemah sampai ke tulang..

kau seperti beliung kejam..

datang bertandang untuk memusnahkan..

sebagai alasan ucapannya ialah sayang..

keadaan sebenar penipuan yang diagungkan..

aku lemah pada keangkuhanku..

aku tidak kuat dalam menegurmu..

sedang kesedihanku melihatmu..

buta tidak menahu..

azimat yang ku pegang untuk ku ajar memimpinmu..

kau zahirkan aku dengan penipuan..

aku tidak buta menilai..

tapi aku membutakan yang sepatutnya ku nilai...

kerana...cinta...

dan aku bukan pendesak penghancur cinta...

hatiku masih tidak terpujuk..

gelora menghadiahkan selangit menungan panjang..

untukmu insan tidak bernama..

kau hadir seketika dalam roh dan jasadku.
.
waktu aku berpaling dari hidupku..

kau iring dengan kasih sebesar gunung

cinta semerbak setanggi kematian

sayang pula sekukuh langit tak bertiang

korban besi saduran emas ke jantung insan

rindu tak bernoktah masa

setia pula berlangitkan awan...

mesra tamparanmu cintamu..

terasa panas pipiku..

merembes junaman murahan air mataku..

menangis dalam cinta yang dingin..

disapa embun mebeku membatu...

berajalah engkau di hatiku..

raja palsu iringan air mataku...

sekian waktu berlalu..

keserasian kurembat perlahan-lahan..

namun..

kau masih bergentayangan seperti roh tidak aman di mataku..
kerana apa???


Kerana cintamu bukan cintaku..

Kasihmu bukan kasihku..

Cinta itu bernafsu...

Berapi tapi halus bagai debu...

Membara membakar sekeping hati yang ditunggangi..

Roh dan jasad yang lupa kembali kepada yang sepatutnya..

Cinta itu dipuja..

Membesar dan bercahaya.
.
Intipatinya penuh rasa...

Jika bernafsu sakitnya pasti binasa......

Cinta untuk kecewa..

Tidak bermukim selamanya..

Sampai saat berlabuh tenggelam..

Ketika yang tandus lagi rata menjadi namanya...

Berkata-katalah hati yang derita...

Di antara naluri yang kuat merasa

dalam ucap bentangan kata-kata...

Pulanglah wahai jiwa yang kecewa...

Yang menantimu bukan di mata..

Kadang di hati pun langsung tak tiba..

Tapi menunggu dipuja..

Kerana yang dipuja itulah pujaan yang syariatnya nyata...

Hakikat pula selamanya setia..

Tidak berkalih dek masa..

Ditunjangi kesusahan yang bahagia..


Hati bercerita tapi bunyinya rahsia..
Berada jauh ceritanya dirasa..
Dan...
Hitam itu biarlah rahsia... 

nukilanku sekadar bersahaja....tapi kepada yang memahami tentang aku bercerita,ceritanya berkait sebenarnya..kepada yang membaca..bacalah jika suka membaca..tapi fahamilah kerana mebaca..membaca penuh cara,kadang membaca itu menegur cara kita apa yang kita faham melalui apa yang kita tak faham...
SELAMAT MEBACA!!