kau tulis cintamu di hatiku dengan kalam bernama sakit..
umpama dentuman guruh memuja hujan..
seperti laut membina gelombang..
seolah-olah gurun memanggil angin..
hati itu terkoyak..
rabak berdarah bermandi luka...
jasad berkeringat..
jiwa tak berfirasat..
dalam hati lahir munajat..
munajat pinta menghalang semangat..
agar bertebar kau melayang pudar...
tapi...
tika bermula..
kau ku puja dengan nafsu.
.
penghalang pula kepulanganmu ku hias
seluas penyertaan
yakni munajatku berserta ilmu...
air mata jadi penghias racun
tiupanmu...
kau hadir..
menyelongkar sendi gerakku..
manakan daya berdiri tidak
bersendi...???
aku tersungkur dihinamu..
berulas kasihmu pada setiap gerakku..
berjuta ucapanmu menggelapkan
fikiranku..
sebenua sayangmu meresap jantungku..
ditinggalkan jua atas nama cinta tidak
bercemburu..
sugul watakku kau hadir meranapkanku..
datang sekilas pandang...
aibnya kurasa lemah sampai ke tulang..
kau seperti beliung kejam..
datang bertandang untuk memusnahkan..
sebagai alasan ucapannya ialah
sayang..
keadaan sebenar penipuan yang
diagungkan..
aku lemah pada keangkuhanku..
aku tidak kuat dalam menegurmu..
sedang kesedihanku melihatmu..
buta tidak menahu..
azimat yang ku pegang untuk ku ajar
memimpinmu..
kau zahirkan aku dengan penipuan..
aku tidak buta menilai..
tapi aku membutakan yang sepatutnya ku
nilai...
kerana...cinta...
dan aku bukan pendesak penghancur
cinta...
hatiku masih tidak terpujuk..
gelora menghadiahkan selangit menungan
panjang..
untukmu insan tidak bernama..
kau hadir seketika dalam roh dan
jasadku.
.
waktu aku berpaling dari hidupku..
kau iring dengan kasih sebesar gunung
cinta semerbak setanggi kematian
sayang pula sekukuh langit tak
bertiang
korban besi saduran emas ke jantung insan
rindu tak bernoktah masa
setia pula berlangitkan awan...
mesra tamparanmu cintamu..
terasa panas pipiku..
merembes junaman murahan air mataku..
menangis dalam cinta yang dingin..
disapa embun mebeku membatu...
berajalah engkau di hatiku..
raja palsu iringan air mataku...
sekian waktu berlalu..
keserasian kurembat perlahan-lahan..
namun..
kau masih bergentayangan seperti roh
tidak aman di mataku..
kerana apa???
Kerana cintamu bukan cintaku..
Kasihmu bukan kasihku..
Cinta itu bernafsu...
Berapi tapi halus bagai debu...
Membara membakar sekeping hati yang
ditunggangi..
Roh dan jasad yang lupa kembali kepada
yang sepatutnya..
Cinta itu dipuja..
Membesar dan bercahaya.
.
Intipatinya penuh rasa...
Jika bernafsu sakitnya pasti
binasa......
Cinta untuk kecewa..
Tidak bermukim selamanya..
Sampai saat berlabuh tenggelam..
Ketika yang tandus lagi rata menjadi
namanya...
Berkata-katalah hati yang derita...
Di antara naluri yang kuat merasa
dalam ucap bentangan kata-kata...
Pulanglah wahai jiwa yang kecewa...
Yang menantimu bukan di mata..
Kadang di hati pun langsung tak tiba..
Tapi menunggu dipuja..
Kerana yang dipuja itulah pujaan yang
syariatnya nyata...
Hakikat pula selamanya setia..
Tidak berkalih dek masa..
Ditunjangi kesusahan yang bahagia..
Hati bercerita tapi bunyinya rahsia..
Berada jauh ceritanya dirasa..
Dan...
Hitam itu biarlah rahsia...
nukilanku sekadar bersahaja....tapi
kepada yang memahami tentang aku bercerita,ceritanya berkait sebenarnya..kepada
yang membaca..bacalah jika suka membaca..tapi fahamilah kerana mebaca..membaca
penuh cara,kadang membaca itu menegur cara kita apa yang kita faham melalui apa
yang kita tak faham...
SELAMAT MEBACA!!
No comments:
Post a Comment