sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Wednesday 23 April 2014

SEMUA HARI HARI RAYA



Aku melihat wajahmu...
Sejuknya terus memalu-malu hatiku...
Andai kau ketawa itu bukanlah reka-reka..
Kau menangis pula bukan sebab duka kerana dosa...

Sudah keletihan di mana tempat pun,
Tiada kira harum,busuk,terang dan gelap...
Kau mampu tidurkan mata...
Berehat dalam senyuman di taman-taman syurga...

Dendam tak pernah kau sapa...
Sakit hati tak pernah bermaharajalela...
Hidup untuk suka ria...
Suka ria sampai kau mula nilai baik buruknya dunia...

Hidupmu tidak ada peraturan...
Kerjamu Cuma meneroka alam...
Alam yang perlu dijelajah dengan lompat-lompat dan kejar-kejaran...
Walau berpeluh basah tapi permainan tak pernah tamat...

Dalam hidup tak kenal bahaya...
Sampai beranda tinggi pun nak terjun jua...
Salah dan betul tak ada beza...
Kerana semua hari adalah hari raya...

Bangkit tidur tak mandi tak apa...
Gosok gigi ala kadar saja...
Makan pagi pun sebab dipaksa...
Tapi setiap hari adalah hari raya...

Lihatmu, aku tak pernah rasa sempit dada...
Kerana kau dilhirkan kerana cinta...
Kerana itu kau mampu ubat orang berduka...
Dengan ketawa dan permainanmu yang huru hara...

Duhai anak kecil dalam pangkuan...
Semoga kelak jadi dewasa yang sempurna...
Sebab besar nanti semua hari dah tak bagai raya...
Semua hari untuk bakti kepada Tuhan sahaja...

1 comment: