sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Monday, 16 May 2011

Dulu....

dulu...
kita bersapa dengan ucapan seleret senyuman..
yang faham hanya hati dan naluri....
waktu itu hari cerah dalam dewan yang berfalsafah..
dulu...
kita menjenguk mata,memerhati duka..
perkongsiannya berupa gelak dan ketawa...
waktu itu hari redup,awan bergumpal tapi ceria..
dulu...
cerita kita menepati perkaitan..
namaku bermaruah..
namamu bercahaya...
bila digabung disebut cahaya yang bermaruah..
waktu itu malam suram,dinginnya seram...
dulu..
air berukir dalam pasir..
berbentuk simbol yang dikenali tapi berbeza..
dan itulah hadiah istimewaku..
waktu itu aku melihat,petang bercahaya menyergah lubuk dadaku..
dulu..
dalam renyai hujan..
gempita guruh,larian kecilmu pergi..
dalam aku kuyup menggigil...
waktu itu petang gelap yang cemburu..
hiasannya mendugaku sekarang...
tapi..
itu dulu...
ku gali kuburmu,dengan tanah berupa darah...
ku kebumikanmu dengan nesan sekeping hati..
kerana dululah aku masih berteleku di sini...
memerhati yang pergi,menyusup di balik bukit contengan...
yang kaburnya kulihatkan padamu...
dan..kerana dulu juga..
hatiku selalu tersentap..
dicarikkan dengan lorong gelap destinasiku...
dan kerana dulu juga...
aku selalu bungkam dalam menungan yang panjang..
sedang yang patah itu lihatnya gah..
namun disentap bayu ranap rosak sengsara...

No comments:

Post a Comment