sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Tuesday, 27 December 2011

Hangatnya Cinta


Dalam kehangatan cinta..
Romantisnya membunuh jiwa
Saat berdiri tatihmu kurasa...
Hati letih rindu,air mata...
Bagaimana hati berbicara..
Luahannya untuk sudah tiada..
Aku masih di sini..
Memerhatimu dalam mimpi..
Andai kau tahu diriku
Tidak seampuh dulu..
Tika jatuhku,tersungkur
Rindukan belaianmu..
Hilang sudah
Biasan di waktu kelam..
Pemantul terang senyumku..
Saat resah mendatang.
Aku ternanti-nanti..
Untuk pulang bersamamu..
Menjejak mimpi lama..
Di alam yang berbeza...

jika menangis dikau kerana perginya dia...ketahuilah..dia melihat doamu...

Sunday, 13 November 2011

menulislah...

aku takut untuk menulis lagi..
kerana tulisanku banyak menggambarkan
benang-benang putus yang tidak akan bersambung lagi..

aku takut untuk menulis lagi..
tapi aku menulis..
kerana tulisan jugalah penghias hati yang tak reda menangis...

aku fobia menulis..
kerana tulisanku pernah menjadi tatapan orang yang telah pergi..

pada setiap rangkapnya..
pada setiap hurufnya...
pada setiap komanya..
pada setiap noktahnya..
sebenarnya tak tergambar perit yang membunuh..
jiwa dagingku...
jadi...aku perlu menulis..
menulis untuk hatiku..
walau tidak gembira tika orang lain ketawa...
tapi tika tercetus lisan hati dengan perkataan..
hatiku tersenyum..walaupun alunannya selalu berbunyi sedih ngilu....

Tuesday, 8 November 2011

langit hitam

ku seperti langit hitam..
tak berwarna bercahaya..
menumpangmu...

untuk terang...selamanya...

kau seperti bayang hidup...
mengajarku erti terang...
aku lihat...engkau hidup...
dalam hatiku...

kita terbang...
merantai langit...
dengan cinta...
dari dunia...

dan hidup pasti pergi..
jangan lepas aku pergi...
dalam gelap....


selamat menghayati....

pergi yang ditatap

tidur malam yang tidak lena...
bangun siang yang kusut...
hidup bercelaru...
aku masih dengar dentum nafasmu di katil putih
selimutnya berlubang halus-halus...

mari bergantung di bahuku...
lemah kakimu biar bertumpang pada kuatku..
mandikan tubuhmu,biar kututup pintu...

jangan menangis..
jangan rendahkan dirimu...
aku masih bertali padamu...
membantumu sedaya tenagaku..

tapi sebenarnya..
hari pasti berakhir...
ucapan pada lidah pendekmu merupakan...
undangan kesedihan...
pada ruang yang merasakan kau pernah hadir dengan bising pekikmu...

kini...
wajahmu tidak berjasad lagi..
kata orang mati itu pasti..
hidup itu insyaAllah...

selamat pulang..
selamat kembali..
orang yang dikasihi...
semoga kembali dengan senyuman..
atas taubat yang kau iringkan dengan sengsaramu...
pergimu kami tatap denagn titip doa...

Al-fatihah untuk Wan Abdul Halim..semoga tenang dikau kembali...

Saturday, 29 October 2011

adakah tanpa nafas kita hidup????
adakah tanpa nafsu kita berkemahuan??
adakah tanpa akal kita berfikir???
adakah tanpa jiwa kita merasa???
adakah tanpa kejadian kita ada???
adakah tanpa mata kita melihat??
adakah tanpa mata hati kita celik???
semuanya tentang hidup sebenarnya...
dalam hidup adanya nafas...
pada nafas hidupnya nafsu...
pada nafsu adakah bersifat?????
bilakah akan tenggelam???
dalam rahsia yang gelap...
sembunyi rahsia dalam pengetahuan...
dalam rahsia adanya indah...

Sunday, 9 October 2011

Hijabmu bukan di hati..



Sudahlah dikau berhijab...
Jauh pula di pulau tidak berperahu..
Masakan renangan mampu meredakan cetusan rindu???
Belajar berkorban..
Itulah erti sebuah kesanggupan..
Tidak!!!
Itu kata hati yang bersadur nafsu..
Hati selalu bermaharajalela..
Membelakangkan janji yang bertuan..
Lupa ditipu masa..
Dikau bukan pandanganku..
Melihatmu hanya membinasakanku..
Biar kau berhijab..
Menyeksa sengsara kepingan tubuhmu..
Bila  terdetik satu waktu..
Dikau  bukan teguranku..
Tidak menyingkap kelabuhan kerana tertipu..
Di kawasan rata yang tandus..
Aku tidak bercerita tentangmu untukku..
Melepaskan aku dari kedhaifan yang dikejar manusia..
Kerana kau mendekati Tuhanmu sebelum kau berjuang bersamaku..

Saturday, 8 October 2011

Cerita tentang maaf.




hari ini aku silap..
bersendirian tak tahu hala tuju hidup..
seolah-olah memakan baki diri yang bertelanjang..
tidak berilmu...
sedang nasihatmu sentiasa bergetar
di cuping pendengaranku...
aku kasih padamu...
maaf mak...

setelah aku berjalan..
bertebaran bagai debu...
singgah di tempat peraduan anak muda..
yang liarnya tak senang dilihat mata...
aku terjerumus hilang disapa ikat persahabatan...
aku lupa harapanmu...
maaf abah...

aku ketawa..
bersenang senyuman dalam celoteh setiap dikau...
jauh di lubuk akal, fikirku meronta..
hatiku membeku..
kau membawaku mencintai dunia...
hanya segelintir dalam jiwa dikau sekalian
yang membawaku pulang...
sebenarnya aku ingin terbang jauh..
membawa kelunturan yang kubina..
untuk kurobohkan dengan penghinaan...
maaf sahabat...

yang berkait rapat  dan juga yang renggang tentangmu...
melontarku terperuk di benua kecewa...
seperti perjalan yang tidak berdestinasi..
mungkin dalam segenap malam yang berhujan...
kau berbayang seribu kenangan..
menghampakan lorong harapan yang kusucikan untukmu..
namun...
kau kekasih yang telah pergi...
maaf awak...

PADA MATAKU..
PADA TELINGAKU..
PADA TANGANKU..
PADA MULUTKU..
PADA HATIKU..
PADA ANGGOTA JASADKU..
SEMUANYA TERMAKAN DOSA PERBUATANKU SENDIRI...
AKU INGIN PULANG SEPERTI KEJADIANKU DARI NUR KEKASIHMU..
AKU INGIN PULANG KEMBALI...
WAHAI PENGHULUKU..
WAHAI KETUAKU..
AKU DATANG PADAMU DENGAN DOSA-DOSAKU
DENGAN DOSA SEJAHAT MAKHLUK..
OLEH ITU..
MAAFKAN DAKU..
MAAFKAN DAKU..
JIKA TIADA KEAMPUNANMU BUATKU
TIADA LAGI YANG AKAN MENGAMPUNKANKU...
MAAFKAN DAKU YA ALLAH...
MAAFKAN DAKU YA ALLAH...




Friday, 7 October 2011


Kita bersama..
Tak tahu sampai bila....
Jisbahmu jisbahku...
Peritmu kesakitanku...
Kita membulat hati bersatu...

Berabang beradik..
Di bawah satu atap...
Diterjah fitnah kita tak kuat..
Fikir kita bermaksud bermatlamat...
Bertindak kita dalam munajat..

Kamu semua tidak kulihat...
Mungkin terbatas jarak pengelihatan..
Dalam diam ada hubungan..
Tidak dilihat dipandang orang...

Berkelubung  gerak yang sama..
Tiada suara di bibir berbicara..
Hanya qalbi kadang perit menderita...
Menampung perkara yang dihijab mata...

Rapatkan pengelihatan...
Sembunyikan nafas...
Semoga suatu hari tenggelam..
Tenggelam...
Tenggelam...
Tenggelam...
dalam rahsia yang pangkalnya selalu berkelubung rahsia....

Wednesday, 21 September 2011

salam tangisan


Angkuh gayamu berdiri...
Seperti orang yang kaya menghirup margajiwa..
Tidak akan dijemput ke majlis keramaian..
Yang bernama persinggahan kedua...
Di situ berdebatlah dengan ilmumu...
Jika benar rasa bertuhan
 maka tak sampailah ke tujuh petala menjunam kerak bumi...

Sombong caramu..
Dikerumuni berlian waktu ini...
Berkilau tak nampak janji..
Berkambus juga wajah berkaca..
Ditanda tanah kembali selamanya...
Singgahmu dipohon rendang..
Destinasimu panas tak berhujan...
Lendir pancutan jadi simbahan...

Laungan kejayaan ditepis dibuang..
Kaki berjalan menyepuh makian..
Tangan berbakti menempa seksaan..
Datang dia bersayap terbang..
Mencarikkan isi tulang belulang..
Bercerailah nyawa dalam badan..
Bertukar alam melihat tangisan..

Dibacakan langsung tiada dusta nasihatnya..
Petuanya ternyata di mulut manusia..
Tidak sekadar dikongsi bersahaja..
Tapi kenyataan yang nyata Tuhan itu ada..

Pergilah dunia berangkat sudah..
Hartamu jadi santapan keluarga..
Isi dagingmu dimamah ulat bermandi darah..
Nyawa banggamu diratah Malaikatullah..
Bersemadilah jasad kembali ke tanah..
Berangkat nyawamu memperhitung duniamu..
Ke destinasimu...
Selamat tinggal dunia....

Sunday, 10 July 2011

Bukan cinta laksamana...



Aku bukan laksamana.
.
Berselit keris panjang dipinggang..


Bersetanjak dendam tak berkesudahahan..


Picing anak mata pelenyap derai ketawa yang datang..


Kau pula puteri beraja..


Tampuk mahkotamu penunduk


Kesemua yang setia menjulang daulat..


Kemewahanmu tidak berupa jalan berdebu orang lain..





Tika kau diutus bersemuka..


Memandang wajah-wajah asing pada sisimu..


Kau bekerdip bagai zamrud berkaca..


Gundah hatiku memandang bukan milikku..





Kau dijulang pada yang menghayati..


Padaku pula...


Manakan zamrud didampingi fairuz...


Ketara gilanya mengundang maut...





Tapi waktu selalu beruangkan laluan...


Mudah bila dipermudah...


Puteri bercanda di daerah jelata...


Di situ tidak kau dijaga ketara..


Tika itu mata pula berbicara..


Halus bahasanya..


Ditafsir hati menongkah seraut kelihatan..


Yang difahami sebagai senyuman...


Di perkampungan hati..


Takhta mula digila..


Aku dalang pencipta..


Kabur berputerikan sunti di raja...





Aku bukan keponakan bangsawan..


Bukan pula alir darah sanat sultan..


Cuma lupa diri untuk bertuan..


Derhaka pada janji sekeping diri...


Sugul bercinta meraih puteri...





Bermaharajalah derhaka pada daerah itu..


Puteri pula bermanis muka...


Akibat mata bercerita tentang jiwa yang jatuh cinta...


Aku cuma pencipta duka


untuk daerah hatiku yang selalu hiba...





walaupun cintaku itu bukan cinta laksamana..


tapi cinta itu bermaruah..


walaupun cinta puteri itu memandang jelata..


tapi cinta itu nilainya cahaya...


sekian lama...


saat dirobohkan hari...


hari dibedil bulan...


bulan dipinang tahun...


puteri lupa santun beradap..


mula angkuh pada sifat...


aku hanya termanggu menyinsing murka...


murka tidak berdaulat..





bertumpah darah berpantang adat...


manakan murka tidak berkeris..


walau bukan bersenjata keramat..


hunusan keris itu penyata keringat hati sedang letih..


letih memendam rasa...


kau puteri..


memperhamba hatiku jelata hina...


membuangku tatkala lupa..


hati mula bersapa..


tidak bersapa untuk mesra..


tapi bertukar taruhan..


antara hati dan nyawa...


hati dulang emasku...


nyawa kupertaruh buatmu...


setapak gerakmu patah kau terima..


tak berganjak jasad hatimu mati adatnya..


berperanglah dua hati...


digempur senjata silam berupa


keris berlok kenangan..


bila tersungkur jasad puteri..


ku iring sebak tak sampai hati...


manakan ditikam rasa yang membuak sayang..


puteri berlalu..


kejam tak langsung pilu..


aku berdarah ditikam keris sendiri...


tidak mati tapi terlalu menyayangi..


pergilah hidup itu..


berbaur sekelumit kenangan yang jarang ditemui...


untukmu puteri...


kau selalu menerpaku..


setiap yang dilihat nampaknya kita bersatu...


bersatu satu ketika dahulu..


kau puteri..


mahkotamu diukir baru..


pakai indahmu mahkota nilam seribu...


aku jelata biasa..


tak menempa keris laksamana..


sekadar berhunus keris lama berdarah hati...


tikamanmu aduhai puteri... 

Anugerah..



Dulu aku mencintaimu
Umpama tiada tara menyerupai indahnya dirimu..
Dulu aku merinduimu bagai tiada noktah
Yang mampu menghentikan rindu itu...
Dulu aku menghiasi sepenuh hatiku dengan nama
Serta waktu-waktu indah bersamamu...
Dulu ku korbankan egoku...
Ku lontar jauh..jauh dengan harapnya aku mampu..
Mampu...
Menjaga...
Memahami..
Menghargai...
Menghormati..
Hatimu...
Tapi semua itu disentap Tuhan...
Kerana aku terlalu merasa semua itu sempurna...
Sejenak waktu berhenti...
Waktu itu aku kecewa..
Kecewa menilaimu...
Cinta itu hakikatnya berasas tawa dan gembira semata-mata..
Hakikatnya cinta adalah untuk Allah...
Rindu itu sebenarnya untuk mati..
Hati itu tempat membenarkan agama...
Pengorbanan ego itu adalah untuk Allah..
Sesaat yang berlalu itu indah...
Saat aku mengagungkanmu....
Tapi hari ini aku fahami...
Air mataku tidak mampu memadam kepingan-kepingan api dosa...
Api dosa kerana mencintaimu untuk nafsuku...
Sedang Allahuta’ala menghantarmu padaku
Untuk menguji indah kasihmu
Masih tidak mampu melawan indah sifat Asma
Pada ZatNYA yang tak pernah mati...
Ku tulis namamu dengan kalam indahmu sebagai manusia..
Namun dipadam Tuhan dengan Kalam mukjizat penghapus kekurangan...

Pulanglah roh yang kecewa



kau tulis cintamu di hatiku dengan kalam bernama sakit..


umpama dentuman guruh memuja hujan..

seperti laut membina gelombang..

seolah-olah gurun memanggil angin..

hati itu terkoyak..

rabak berdarah bermandi luka...

jasad berkeringat..

jiwa tak berfirasat..

dalam hati lahir munajat..

munajat pinta menghalang semangat..

agar bertebar kau melayang pudar...


tapi...

tika bermula..

kau ku puja dengan nafsu.
.
penghalang pula kepulanganmu ku hias seluas penyertaan

yakni munajatku berserta ilmu...

air mata jadi penghias racun tiupanmu...

kau hadir..

menyelongkar sendi gerakku..

manakan daya berdiri tidak bersendi...???

aku tersungkur dihinamu..

berulas kasihmu pada setiap gerakku..

berjuta ucapanmu menggelapkan fikiranku..

sebenua sayangmu meresap jantungku..

ditinggalkan jua atas nama cinta tidak bercemburu..

sugul watakku kau hadir meranapkanku..

datang sekilas pandang...

aibnya kurasa lemah sampai ke tulang..

kau seperti beliung kejam..

datang bertandang untuk memusnahkan..

sebagai alasan ucapannya ialah sayang..

keadaan sebenar penipuan yang diagungkan..

aku lemah pada keangkuhanku..

aku tidak kuat dalam menegurmu..

sedang kesedihanku melihatmu..

buta tidak menahu..

azimat yang ku pegang untuk ku ajar memimpinmu..

kau zahirkan aku dengan penipuan..

aku tidak buta menilai..

tapi aku membutakan yang sepatutnya ku nilai...

kerana...cinta...

dan aku bukan pendesak penghancur cinta...

hatiku masih tidak terpujuk..

gelora menghadiahkan selangit menungan panjang..

untukmu insan tidak bernama..

kau hadir seketika dalam roh dan jasadku.
.
waktu aku berpaling dari hidupku..

kau iring dengan kasih sebesar gunung

cinta semerbak setanggi kematian

sayang pula sekukuh langit tak bertiang

korban besi saduran emas ke jantung insan

rindu tak bernoktah masa

setia pula berlangitkan awan...

mesra tamparanmu cintamu..

terasa panas pipiku..

merembes junaman murahan air mataku..

menangis dalam cinta yang dingin..

disapa embun mebeku membatu...

berajalah engkau di hatiku..

raja palsu iringan air mataku...

sekian waktu berlalu..

keserasian kurembat perlahan-lahan..

namun..

kau masih bergentayangan seperti roh tidak aman di mataku..
kerana apa???


Kerana cintamu bukan cintaku..

Kasihmu bukan kasihku..

Cinta itu bernafsu...

Berapi tapi halus bagai debu...

Membara membakar sekeping hati yang ditunggangi..

Roh dan jasad yang lupa kembali kepada yang sepatutnya..

Cinta itu dipuja..

Membesar dan bercahaya.
.
Intipatinya penuh rasa...

Jika bernafsu sakitnya pasti binasa......

Cinta untuk kecewa..

Tidak bermukim selamanya..

Sampai saat berlabuh tenggelam..

Ketika yang tandus lagi rata menjadi namanya...

Berkata-katalah hati yang derita...

Di antara naluri yang kuat merasa

dalam ucap bentangan kata-kata...

Pulanglah wahai jiwa yang kecewa...

Yang menantimu bukan di mata..

Kadang di hati pun langsung tak tiba..

Tapi menunggu dipuja..

Kerana yang dipuja itulah pujaan yang syariatnya nyata...

Hakikat pula selamanya setia..

Tidak berkalih dek masa..

Ditunjangi kesusahan yang bahagia..


Hati bercerita tapi bunyinya rahsia..
Berada jauh ceritanya dirasa..
Dan...
Hitam itu biarlah rahsia... 

nukilanku sekadar bersahaja....tapi kepada yang memahami tentang aku bercerita,ceritanya berkait sebenarnya..kepada yang membaca..bacalah jika suka membaca..tapi fahamilah kerana mebaca..membaca penuh cara,kadang membaca itu menegur cara kita apa yang kita faham melalui apa yang kita tak faham...
SELAMAT MEBACA!!