sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Friday, 28 December 2012

Cinta


Cinta dimanakah menghilang?Ku tewas di rimbunan dunia…
Mencari pasti..Dunia..singgahsana murka..ohhh…
Melangkah dengan jutaan dosa…Banggakan harta duniawi..
Merasa diri tidak akan  kembali mati…
Jiwaku ini tertutup dengan nafsu diri…
Terduduk sepi meraba raih cinta suci…
Aku membelakangi MU..Merasa kudratku mampu…
Ku jatuh dan terbelenggu..Ya Rabbi….
Kukenang cinta fitrahku Diamnya tanpa berlagu…
Kutanya berbisik hatiku katanya kasihmu itu…selalu menunggu…
Untuk dipuja…
Untuk dipuja..
Cinta…..hadirlah…berhias di hatiku…
tenggelam dalam cinta..cinta Rabbi….
aku membelakangi MU merasa kudratku mampu..
ku jatuh dan terbelenggu..ya Rabbi...

lagu ni lebih kepada nasyid..tapi kalo xde bunyi mcm nasyid,harap maaflah...hehehe...kalo x sedap pun,layan jelah or komen membina pun oke jugak... =)

Wednesday, 26 December 2012

Gula-gula pahit


Kulihat kulitnya cantik sekali…
Mahal harganya…
Aku bukan orang berduit…
Teringin sekali ku beli dengan duitku sendiri…

Di kedai sebuah dunia…
Ramai orang menjaja di situ…
Memperagakan kepelbagaian…
Tapi yang itu tetap di hati…

Banyak coklat dan gula-gula di situ…
Beraneka warna…
Mataku tetap di situ…
Tak berkalih dek pujuk rayu yang lain…

Bila tiba satu hari…
Aku hadir dengan duit berupa “simpati”
Tatkala itu…harganya sedang merundum…
Ku beli juga gula-gula itu..
Dengan duitku..kali ini berupa “jujur”

Aku sayang untuk membuka..
Gulungan kertas membalut gula-gula itu..
Kerana aku yakin rasanya pasti manis…
Tapi bila waktu berlabuh semakin lama…
Aku bimbang…
Gula-gulaku itu akan dihurungi semut…
Kubuka juga kertas pembalut itu..
Kupegang dan kurenung lama-lama…
Sayangnya…
Bila sampai gula-gula itu mencecah lidah..
Intipatimu pahit…
Kau tidak serupa kertas pembalutmu…
Kau tidak seperti kertas pembalutmu…
Kau gula-gula pahit
Yang menipu di balik kertas pembalut…

Kugulungimu dengan kertas itu…
Lalu kubiarkan dalam sebuah bekas…
Bekas itu namanya kenangan..
Bila aku melihat gula-gula..
Aku tak lupa..
Aku pernah memilikimu..
Walau tak lama..
Cukup untuk kukenal..
Balutan bukan bermakna janji sebuah bahagia…
Sekian…..

Tuesday, 25 December 2012

Cermin itu hilang


Di hadapanku..
Sekeping cermin tembus pandang..
Aku tak terlihat di cermin itu..
Yang kunampak kau ketawa mengekeh..

Kuhulurkan tangan..
Dengan harapan tanganku
Mampu tembusi cermin itu..
Dan cermin itu sekadar angan-angan yang tak wujud..

Realiti ini pahit untuk kutelan…
Bila aku berkelip mata…
Kau hilang entah ke mana…
Fikiranku terjebak dengan cerita lama..
Novel tertutup tahun-tahun lalu…

Ku hembus nafas
Pada jarum jam di depan wajahku..
Harapnya jarum itu berhenti dan waktu juga tak berpusing…
Tujuannya…agar dapat kutilik wajahmu lama-lama…
Aku mabuk minum lautan cinta…
Bayanganmu sahih sekali…
Di mana mataku memandang terbitlah dikau…
Kupanggil namamu…
Manakan kau endah di balik cermin…
Setia dengan ketawa yang tak berbunyi…
Anggun sungguh srikandi itu…
Aku memandang sekeliling…
Tiada udara yang bersuara…
Aku sentuh di pipi…
Ketara aku merasa…sejuknya pipi hamba…
Dari belakang tangan kuraut sampai kelopak mata…
Rupanya, ada air mata teman berduka…

Kau lenyap lagi…
Cermin itu mulai berwap dek hembus nafas letih…
Ku gosok-gosok supaya jernih kembali…
Harapnya lihat ketawamu lagi…
Di depanku rupanya hari ini…
Cermin itu hilang…
Cermin itu hilang…

Dari baringan aku bangkit
Duduk melunjur memegang ibu jari kaki…
Tangan memegang dada di sebelah kiri..
Degupannya macam nak henti…
Kau datang dan pergi…
Sehingga aku bermimpi dan bermimpi…
Aku bermimpi lagi…

lama tak post jiwang...ada orang suka yang jiwang2,ada orang lgsung xsuka jiwang2...meluat jiwang2...tp xpalah...stiap orang berbeza2...ada org suka menangis,ada orang kata air mata tu perlu mahal...tp dua2 bila dh punya rasa kasih syg,yg diinginkan ialah bahagia...dan bahagia itu masing2 rasa...so berbahagialah dgn cara mcm mana pun...selagi tak angau mcm puisi ini sudah...!

Dia jatuh cinta…




Dia tak banyak bercakap..
Mungkin kerana masa silamnya..
Banyak mengajarnya diam..
Dia banyak senyum..
Tarbiahnya pun lembut sekali…                                                   

Dia langsung berubah…
Dulu dia itu compang camping…
Rambutnya meleret sampai ke bahu..
Sekarang …cukup berbeza…

Berduit katanya bahaya..
Tak berduit katanya lain pula…
Dia pelik..
Memang pelik…

Dia…berperangai semacam…
Ramai orang kata dia sudah jatuh cinta…
Cinta yang macam mana??
Katanya…cintanya buat dia menagis setiap malam…

Bagaimana boleh menangis bila jatuh cinta??
Banyak soalan..tapi tidaklah pula terjawab…
Kusela melihat rupa…
Dia jatuh cinta ketika dalam solatnya…
Kerana itu jubahnya wangi walaupun selalu tertitis dek air mata…

Monday, 24 December 2012

Di sana adanya ukhrawi


Malam ini aku bersedih lagi..
Aku mencari punca kesedihan itu..
Mencari dan terus mencari..
Setelah bangkit dari tidur malam ini…

Angin di perbukitan kawasan ini…
Bagai menggelupur menangisi sesuatu..
Menghempap dedaunan tanpa rasa belas mahupun kasihan..
Daun berselirat di wajah bumi..
Berburung berperang sesama sendiri…

Malam ini hatiku berbisik lagi..
Hai hati…apakah yang kau tinggalkan hari demi hari??
Di balik pintu bilik di rumahmu, apa yang kau tinggalkan?
Aku terpaku di balik suara hati itu…

Di belakang pintu..
Ku tinggalkan seuncang besar kekuatan..
Kemari hadir di sini…
Ditemani rasa sepi berpanjangan..

Aku selak selimut yang tertebar di atas pembaringanku..
Mengintai-intai takdir yang diusung waktu..
Ketika waktu siang aku bermimpi aku laungkan azan..
Lantas pula mengimamkan solat jemaah yang ramai…

Aku mencari-cari..
Getus hati yang bercelaru..
Kenapa jadi begini dan begitu..
Kali ini kuselak daun pintu…
Merasakan Tuhan bersembunyi di balik itu..

Alam mengherdikku…
Aku bukan anak Tuhan..tapi aku hamba Tuhan..
Aku berjanji ingin balik ke hadrat Tuhan..
Sampai setengah jalan…
Dipukul badai nafsu..
Dilibas cemeti duniawi..
Aku lupa usul yang kupaut dulu..

Di malam hari ini…
Ketika ada rasa sayu bermukim..
Hati masih berkata-kata..
Ku cari di mana mulutnya hati itu..
Sebelum kutemui jawapannya..
Hati itu berpuisi merdu..
Dunia itu main-main tempat berlabuh sehari atau setengah hari..
Marilah mendaki tebing tinggi..
Di sana adanya ukhrawi..tempat selama-lamanya abadi…

Sunday, 23 December 2012

Wahai Rasulullah


Wahai kekasih…
Aku ini..terdengar suaramu dalam potongan ayat…
Dalam riwayat-riwayat yang telah berlalu..
Merdu suaramu tapi tidaklah ku dengar
seperti mereka mendengar…

wahai kekasih…
aku juga mendengar tentang peribadimu..
utuh walaupun ditelan waktu berkurun lamanya..
zaman semakin membaharu…
tapi dikau tidak pernah luntur…

Wahai Rasulullah…
Bagaimana aku ingin belajar merinduimu…
Sedang aku ini selalu berpelukan dengan dosa…
Selalu lupa untuk selawat padamu.…

Wahai Rasulullah…
Ingin aku menatap wajahmu…
Merangkul tubuh indahmu…
Mencium jemarimu…
Seperti mana yang dilakukan oleh para sahbatmu…

Wahai Rasulullah..
Aku membaca tentangmu…
Perwatakanmu…lalu ia hadir meninggalkan persoalan..
Di seluruh benak fikirku,…

Wahai Rasulullah…
Mampukah aku bertemu mu?
Seperti mana kekasih-kekasih Allah
Yang telah Dikau jenguk jiwa mereka???

Wahai Rasulullah…
Sungguh..aku belajar merinduimu…
Rindu ini hebat melanda jiwaku..
Bagaimana senyumanmu?
Aku terlalu ingin melihatnya..
Bagaimana tundukan pandanganmu…
Ingin sekali aku memerhatikannya…

Wahai Rasulullah…
Kekasih para mukmin…
Kekasih para malaikat…
Kekasih para pejuang…
Aku teramatlah ingin…
Bertemumu wahai Rasul…

Ya Allah…
Campakkan aku ke dasar lautan itu…
Agar aku mampu berenang di lautan kasih sayang Baginda…
Ya Allah…Dikau meniupkan rasa ini…
Oleh itu… sempurnakanlah rasa ini….

Saturday, 22 December 2012

Kekasih serupa..



Ketika aku bertandang ke rumah kekasihku..
Aku melihat dikau pun berserta di situ…
Di rumah itu…
Di rumah kekasihku…
Namun di hati tak terdetik rasa cemburu..
Ada senyuman salam…
Disambut jabat mesra kasih sayang…
Aku kenalmu???
Itulah soalan yang tertujah di hati hamba…
Rupamu jernih sekali…
Cintamu pada kekasihku dalam tak terperi…
Terperosok di bucu rumah itu..
Kau tidak malu menangis mohon simpati..
Belas ihsan…
Aku…sekadar memerhati…
Padahal dalam hati..
Petir menyabung bersatu guruh berdentum-dentum…!!
Bergoyang-goyang hatiku..
Agung benar cintamu pada kekasihku…
Cintaku pula,bagai air yang pasang surut…
Aduh…manusia hebat…!
Celaka aku,menduakan cinta kekasihku…
Aku lihat,air sedikit dalam telapak tanganmu..
Membasuh setengah anggota gerakmu..
Sempurna sungguh…
Aku tunduk malu..
Kasihmu dalam tak terperi..
Bagai kenal diri sendiri..
 Bagai diri sudah terdiri..
Bagai diri sudah tajalli..
Bagai diri sudah terperi..
Awal agamamu kau kenal dirimu..
Kekotoran dalam diri kau buang hari-hari..
Aku masih terpersona akan duniawi..
Kekasihku , kekasihmu serupa beraja di hati Allahurabbi… 

Friday, 21 December 2012

Guruku orang dekat dengan Tuhan

sebuah sampan dengan pendayung...
terbujur di daratan tepi kelapa tua...
masih elok utuh kayunya...
tapi sudah tidak diguna lagi...

sebuah sampan dan pendayung..
ingin kupinjam ke laut dalam..
di sana sembunyi banyak khazanah Tuhan..
tempat orang hilang akal ditarik Pencipta...

aku tidak pandai mendayung...
guruku pandai mendayung..
katanya sampan itu tarekah..
air itu juga tarekah...

mula berkayuh..
aku ditampar gelombang...
terus berkayuh..
aku berada dalam guruh yang mengamuk...itulah nafsu..

aku takut ya Tuhan..
lalu aku rebah terbaring
jauh di arena hitam pekat..
yang namanya lautan Tuhan...itulah namanya dunia...

hari berganti minggu..
aku tidak sedarkan diri..
siang mentarinya terik..
hangatnya tertikam sampai ke hati...itulah namanya ralit...

bulan sudah menjelma...
aku masih terbaring lesu tiada kudrat...
hujan mendatang titiknya mengenai kelopak mata...
tika itu jasadku disapa,mataku terbuka...itulah namanya sahabat...

aku bangkit lagi...tanganku menggeletar...
tubuhku susut hilang dagingnya..
dalam diam aku hilang nafas..
didakap sebak yang panjang menghela...

menggeletar itu hilang...
aku berkayuh lagi...
gelombang sudah tenang tapi bakal jenguk kemudian...
nah!kali ini datang lebih tinggi dari gunung Tuhan..
memukul aku di dalam sampan..

dayungku hilang...
nafasku tercungap..
jalanku masih jauh...
daratan tiada di sekitar...
nak berpaut pada dahan,aku bukan di perbukitan...
nak meminta tolong teman,aku bukan di kelompok orang..
bila aku mula tenggelam..
air menikam peparu..
baru aku tahu...
kebergantunganku pada Tuhan lebih nipis dari kulit bawang..

Namun...di saat aku lemas bukan kepalang,,
hadir jemari tangan menarikku tidak perlahan..
kulihat wajahnya bagai taman...
pipinya dihias jambang..
itulah saat guruku datang..
kerana guruku orang yang dekat dengan Tuhan...
tergamam aku...
terkesima aku...
terpana aku...
dek kata-kata memuji Tuhan...
ada permulaannya dimula dgn Basmallah...
ada pengisiannya redup dengan nasihat...
terima kasih kak...
nyatakan nasihat dalam rangkap-rangkap ayat...



Bismillahirrahmanirrahim.

Teruskan berlari.
Walau hakikatnya larian kau tertinggal di belakang.
Teman di depan sudah melambai-lambai kau untuk sama-sama bergandingan.
Namun kau jangan tergopoh gapah melangkah.
Jangan kau pilih arah pintas untuk terus mara ke hadapan.
Jalan ini masih panjang.
Perlukan pengorbanan.
Biar kau lambat.
Asal disetiap nadi langkahan kau.
Kau tak pernah tinggal Tuhan.
Dan saat tiba dihujung nanti.
Kau kan sedar.
Lambat atau cepat.
Bukan itu nilaian Tuhan.
Tapi usaha kau dalam merentas alam.
Dalam menuju jalan pulang.
slmat mduduki final exam


Thursday, 20 December 2012

Itu cara sufi…


Aku melihat..
Sufi di jalan hidupku…
Pakaian mereka compang camping…
Solat mereka di merata tempat…
Tiada hirau malu akan dunia…
Aku melihat..
Sufi di jalan hidupku..
Ragam mereka di luar jangkaan..
Sedang bercakap dia qiam..
Menyempurnakan 13 rukun dalam solat…
Aku melihat..
Sufi di jalan hidupku..
Merantau berkelana..
Hablulminannasnya terlalu cantik untuk dicerita…
Hablulminallahnya seolah-olah tiada lena menjenguk mata…

Aku ingin berkelana seperti sufi..
Menjauhi duniawi melepas penat di hati..
Merajakan Allah di ruang hati…
Namun..ketika aku sedar..
Jurang pada tebing kakiku…
Terlalu tinggi…
Andai berbekal tali-temali..
Masih belum tentu kujijak dasar maknawi…
Merangkak masih belum tentu..
Apatah lagi berlari tanpa dipimpin jemari..
Sedarlah sebuah jasad bertulangkan diri…
Ilahiantal maqsudi..
Waredhoka matlubi…

Wednesday, 19 December 2012

Dia menyanyi lagu...

halus memicing suaranya...
dari jauh didengar...
bergema sayup-sayup..
bagai bermadah dengan alam...

butir-butir sebutannya..
lontaran perasaannya...
didengar dalam dentuman ombak suaranya...
ada memuji..ada memuja..
ada menghina..bermacam rasa..

angin jadi muziknya..
berlatar sayu dan ngilu...
awan bergemalai..
kadang menari redup di dada langit..
suaranya itu merintih...
dengung bagai nak pecah kotak suara...

rupanya..
ada linangan air mata...
rupanya...
bukan kesenangan yang dia ada...
rupanya..
dia merangkak haus dan lara...
rupanya..
dia memnyanyi..
lagu memuja Tuhannya...
dia menyanyi menghina caci dirinya..

rupanya...
dia menyanyi lagu-lagu...
berbunyi sebuah pengampunan...
rupanya...
dia tidak ke mana...
tetap hamba yang tak merasa hamba...

dia menyanyi lagi dan lagi...
kalam karangannya...
merintih mengharap esok masih ada...
sebenarnya...
dia menyanyi lagu...
memujiMU menghinaku...
laguku lagu orang tak senang...
lagu orang mengharap pengampunan...

Aku telah mati


Tiga lapis kain panjang…
Ikut pula kesesuaian..
tujuh lapis juga menjadi rebutan…
Lebarnya mencukupi badan…
Berlapis papan-papan…
Sebagai kenderaan…
Wangian-wangian..
Berbau seram…
Cerita anak Adam…
Berputih mata…
Kembali pulang…
Jangan didinginkan..
Janganlah dipanaskan..
Berpadan-padanlah…
Aku baru lepas…
Sakit dari terbakar…
Jangan litupi wajahku..
Biarku pandang semuanya puas-puas…
Kerana…di sini detiknya…
Perpisahan terkahirku…
Tiada lagi mampu kulihat selepas ini..
Wajah-wajah yang kukasih…
Kerana garis pemisah ini tak mampu untuk ku langkah…
Hilanglah semua masalah duniawi..
Yang ada tinggallah…
Urusanku dengan Tuhanku…
Mencatur setiap sesuatu..
Tiada tertinggal..
Tiada tertinggal..
Kesemuanya ditilik diteliti..
Aduh…aku telah mengakui..
Aku telah mati…

Thursday, 13 December 2012

mata ini


Mata ini..
Ku guna sudah bertahun lamanya..
Banyak perkara yang kupandang..
Banyak kali sudah terpejam…
Mata ini…
Selalu memandang…
Ngeri hidup…
Tangisan dunia…
Gembira manusia…
Mati manusia…
Liang lahad…
Langit berawan..
Langit berhujan…
Mata ini…
Tak banyak menangis untuk Tuhan..
Mata ini..
Tak banyak menangis kerana keinsafan…
Mata ini…
Selalu berkelip..
Terbuka dan terpejam..
Mata ini…
Satu hari akan terpejam…
Selama-lamanya…
Waktu itu…
Mata ini tidak akan lagi…
Memandang keburukan…
Hanya bersoal jawab..
Tentang apa yang dilakukan..
Salah dan silap di sisi Tuhan…
Mata ini…
Jadilah mata yang baik…
Memandang yang baik-baik..
Agar cara rapatnya nanti baik-baik..

Tuesday, 11 December 2012

Wahai Bapa


Dikau bagai rembulan penuh..
Menyatakan cahaya walau dalam rimbun pepohon..
Andai dedaun kering menjadi baja…
Bagi tanah-tanah lembap..
Dikau pula, penyubur hati dunia..

Kami ingin menumpang dirimu..
Di bawah cahaya kami berbayang…
Dikau tidak berbayang…
Dikau tidak mampu digambarkan…

Sekiranya alam jadi pencerita..
Pasti kelu lidahnya alam..
Tidak mampu menggambarkan..
Di mana permulaan dan di mana akhirnya kalam…

Pada dirimu terlihatnya taman..
Pada dirimu terkerdip tatah-tatah berlian..
cukup pada tulisan..daku melihat bagai di depan..
Pada dirimu lengkaplah semuanya..

Wahai bapa sekalian bapa…
Sungguh mujahadah dalam merindumu…
Tak lepas dari dusta..
Daku terpelanting diduga dan diduga…

Wahai bapa sekalian bapa…
Seni bicaramu halus mulus…
Kasih sayangmu merantai neraka…
Syafaatmu menutup murka…

Wahai bapa sekalian bapa..
Penyata akhlak yang paling mulia…
Sejahteralah Dikau selamanya…
daku belajar merindumu cinta..

Wahai Allah yang Maha Esa…
Campakkan rasa kasih buatku…
Lemparkan rasa sayang padaku..
Limpahkan serpihan rindu untukku…
Agar aku dirinya itu…
Walau tidak kulihat di kaca mata…
Cukuplah daku merasa…
Indahnya bercinta dengan Nabi yang mulia…


Selawat dan salam buat Rasulullah SAW kpd ahli keluarganya,para sohabetnya R.anhum ajma'in...kpd para tabiin,tabi' tabiin,kpd roh2 ahlul bait,kpd mursyid2 yang 'arif billah,dan khususnya buat rohaninya Ghaus ul Azam Asstanii syeikh syed 'Abdul Baqi al Husaini al Bukhari al Bilvanis...

Terima Kasih


Terima kasih
Cuma itu yang kudamba…
Terima kasih…
Itu tanda orang yang menghargai…
Terima kasih..
Sekadar ucapan biasa…
Terima kasih…
Itu tanda sebuah ikhlas…
Terima kasih…
Keramatnya dirasa…
terima kasih…
perkataan anak kecil…
terima kasih..
tapi…
kerana terima kasih itulah..
mata mampu bergenang…
kasar menjadi lembut..
sakit mampu sembuh…
dendam jadi debu..
yang pasti..
terima kasih Tuan punya badan..
terima kasih wahai Tuhan…
memberi daku erti kehidupan…
terima kasih Tuhan…

bukan semua orang mampu ucap terima kasih...pada dua perkataan itu mampu merungkai berjuta maksud yang dipendam...huh!kpd yg pnh mberi,terima kasih smua...=)

Sunday, 9 December 2012

Berbaring di Benua kasihMu...


Air…membersihkn wajah dan tubuhku…
Angin…melenyap dan keringkan peluhku…
Tanah…menyelesakan perjlananku..

Ya Allah…
Dengan air itu aku membasuh kekotoran di jasadku…
Ya Allah…
Dengan  angin itu aku merasa akan nikmat udara…
Ya Allah…
Dengan tanah itu menyucikan kotor yang tak ku lihat…

Ya Allah…
Dengan ZatMu…sucikanlah yang di dalam jasadku…
Ya Allah…
Jadikan angin sebagai penerbang dosa-dosa laluku…
Ya Allah..
Dengan tanah kau kembalikan daku dalam keadaan sempurna…
Ya Allah dengan segala yang Dikau cipta…
Kembalikan aku kepadaMu…
Agar ada rasa nikmat..
Agar hilang rasa sedar…
Yang ada Cuma…
Rasa cinta yang membuak dalam…
Berbaring di benua kasihMu…

Saat Perkhabaran Datang



Kukikis karat tebal di hati..
Jemari ku luka..
Tertikam karat-karat hina..
Siapa yang hina?
Aku atau karat yang aku bina…?
Aku terus mengikis karat itu…
Mengharap air mata mampu
Melekukkan karat-karat di hati…
Seperti air melekukkan batu..
Kian hari…
Yang berkarat semakin teruk..
Jemari ku lumpuh…
Tangan ku patah…
Aku hilang daya…
Saban hari aku sedar..
Tapi aku tak bernyawa…
Saban malam aku terjaga..
Tapi langkahku sama juga…
Saban petang aku berjanji…
Aku masih mungkiri..
Menebal rasa berat…
Terhempap di bahu hati..
Tergalas di pundaknya jiwa…

Dulu rasanya enak…
Tiada fikir hujung dan pangkal..
Sekali melangkah ke sini..
Hujungnya tak mampu disampai kenderaan…
Pangkalnya tak tersentuh fikir waras…
Berkali diterjemah…
Tiada maksud terungkai..
Bila sampai rasa dan kefahaman…
Gambarannya perbuatan..
Saat perkhabaran datang…
Barulah tahu peritnya di jalan Tuhan…