sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Wednesday, 26 December 2012

Gula-gula pahit


Kulihat kulitnya cantik sekali…
Mahal harganya…
Aku bukan orang berduit…
Teringin sekali ku beli dengan duitku sendiri…

Di kedai sebuah dunia…
Ramai orang menjaja di situ…
Memperagakan kepelbagaian…
Tapi yang itu tetap di hati…

Banyak coklat dan gula-gula di situ…
Beraneka warna…
Mataku tetap di situ…
Tak berkalih dek pujuk rayu yang lain…

Bila tiba satu hari…
Aku hadir dengan duit berupa “simpati”
Tatkala itu…harganya sedang merundum…
Ku beli juga gula-gula itu..
Dengan duitku..kali ini berupa “jujur”

Aku sayang untuk membuka..
Gulungan kertas membalut gula-gula itu..
Kerana aku yakin rasanya pasti manis…
Tapi bila waktu berlabuh semakin lama…
Aku bimbang…
Gula-gulaku itu akan dihurungi semut…
Kubuka juga kertas pembalut itu..
Kupegang dan kurenung lama-lama…
Sayangnya…
Bila sampai gula-gula itu mencecah lidah..
Intipatimu pahit…
Kau tidak serupa kertas pembalutmu…
Kau tidak seperti kertas pembalutmu…
Kau gula-gula pahit
Yang menipu di balik kertas pembalut…

Kugulungimu dengan kertas itu…
Lalu kubiarkan dalam sebuah bekas…
Bekas itu namanya kenangan..
Bila aku melihat gula-gula..
Aku tak lupa..
Aku pernah memilikimu..
Walau tak lama..
Cukup untuk kukenal..
Balutan bukan bermakna janji sebuah bahagia…
Sekian…..

No comments:

Post a Comment