sifat hakikat dalam bukti

kalau berani hidup,
di situlah akan adanya mati..
kalau bersenjatakan roh,
peperangannya ialah ajal.

Friday, 28 December 2012

Cinta


Cinta dimanakah menghilang?Ku tewas di rimbunan dunia…
Mencari pasti..Dunia..singgahsana murka..ohhh…
Melangkah dengan jutaan dosa…Banggakan harta duniawi..
Merasa diri tidak akan  kembali mati…
Jiwaku ini tertutup dengan nafsu diri…
Terduduk sepi meraba raih cinta suci…
Aku membelakangi MU..Merasa kudratku mampu…
Ku jatuh dan terbelenggu..Ya Rabbi….
Kukenang cinta fitrahku Diamnya tanpa berlagu…
Kutanya berbisik hatiku katanya kasihmu itu…selalu menunggu…
Untuk dipuja…
Untuk dipuja..
Cinta…..hadirlah…berhias di hatiku…
tenggelam dalam cinta..cinta Rabbi….
aku membelakangi MU merasa kudratku mampu..
ku jatuh dan terbelenggu..ya Rabbi...

lagu ni lebih kepada nasyid..tapi kalo xde bunyi mcm nasyid,harap maaflah...hehehe...kalo x sedap pun,layan jelah or komen membina pun oke jugak... =)

Wednesday, 26 December 2012

Gula-gula pahit


Kulihat kulitnya cantik sekali…
Mahal harganya…
Aku bukan orang berduit…
Teringin sekali ku beli dengan duitku sendiri…

Di kedai sebuah dunia…
Ramai orang menjaja di situ…
Memperagakan kepelbagaian…
Tapi yang itu tetap di hati…

Banyak coklat dan gula-gula di situ…
Beraneka warna…
Mataku tetap di situ…
Tak berkalih dek pujuk rayu yang lain…

Bila tiba satu hari…
Aku hadir dengan duit berupa “simpati”
Tatkala itu…harganya sedang merundum…
Ku beli juga gula-gula itu..
Dengan duitku..kali ini berupa “jujur”

Aku sayang untuk membuka..
Gulungan kertas membalut gula-gula itu..
Kerana aku yakin rasanya pasti manis…
Tapi bila waktu berlabuh semakin lama…
Aku bimbang…
Gula-gulaku itu akan dihurungi semut…
Kubuka juga kertas pembalut itu..
Kupegang dan kurenung lama-lama…
Sayangnya…
Bila sampai gula-gula itu mencecah lidah..
Intipatimu pahit…
Kau tidak serupa kertas pembalutmu…
Kau tidak seperti kertas pembalutmu…
Kau gula-gula pahit
Yang menipu di balik kertas pembalut…

Kugulungimu dengan kertas itu…
Lalu kubiarkan dalam sebuah bekas…
Bekas itu namanya kenangan..
Bila aku melihat gula-gula..
Aku tak lupa..
Aku pernah memilikimu..
Walau tak lama..
Cukup untuk kukenal..
Balutan bukan bermakna janji sebuah bahagia…
Sekian…..

Tuesday, 25 December 2012

Cermin itu hilang


Di hadapanku..
Sekeping cermin tembus pandang..
Aku tak terlihat di cermin itu..
Yang kunampak kau ketawa mengekeh..

Kuhulurkan tangan..
Dengan harapan tanganku
Mampu tembusi cermin itu..
Dan cermin itu sekadar angan-angan yang tak wujud..

Realiti ini pahit untuk kutelan…
Bila aku berkelip mata…
Kau hilang entah ke mana…
Fikiranku terjebak dengan cerita lama..
Novel tertutup tahun-tahun lalu…

Ku hembus nafas
Pada jarum jam di depan wajahku..
Harapnya jarum itu berhenti dan waktu juga tak berpusing…
Tujuannya…agar dapat kutilik wajahmu lama-lama…
Aku mabuk minum lautan cinta…
Bayanganmu sahih sekali…
Di mana mataku memandang terbitlah dikau…
Kupanggil namamu…
Manakan kau endah di balik cermin…
Setia dengan ketawa yang tak berbunyi…
Anggun sungguh srikandi itu…
Aku memandang sekeliling…
Tiada udara yang bersuara…
Aku sentuh di pipi…
Ketara aku merasa…sejuknya pipi hamba…
Dari belakang tangan kuraut sampai kelopak mata…
Rupanya, ada air mata teman berduka…

Kau lenyap lagi…
Cermin itu mulai berwap dek hembus nafas letih…
Ku gosok-gosok supaya jernih kembali…
Harapnya lihat ketawamu lagi…
Di depanku rupanya hari ini…
Cermin itu hilang…
Cermin itu hilang…

Dari baringan aku bangkit
Duduk melunjur memegang ibu jari kaki…
Tangan memegang dada di sebelah kiri..
Degupannya macam nak henti…
Kau datang dan pergi…
Sehingga aku bermimpi dan bermimpi…
Aku bermimpi lagi…

lama tak post jiwang...ada orang suka yang jiwang2,ada orang lgsung xsuka jiwang2...meluat jiwang2...tp xpalah...stiap orang berbeza2...ada org suka menangis,ada orang kata air mata tu perlu mahal...tp dua2 bila dh punya rasa kasih syg,yg diinginkan ialah bahagia...dan bahagia itu masing2 rasa...so berbahagialah dgn cara mcm mana pun...selagi tak angau mcm puisi ini sudah...!

Dia jatuh cinta…




Dia tak banyak bercakap..
Mungkin kerana masa silamnya..
Banyak mengajarnya diam..
Dia banyak senyum..
Tarbiahnya pun lembut sekali…                                                   

Dia langsung berubah…
Dulu dia itu compang camping…
Rambutnya meleret sampai ke bahu..
Sekarang …cukup berbeza…

Berduit katanya bahaya..
Tak berduit katanya lain pula…
Dia pelik..
Memang pelik…

Dia…berperangai semacam…
Ramai orang kata dia sudah jatuh cinta…
Cinta yang macam mana??
Katanya…cintanya buat dia menagis setiap malam…

Bagaimana boleh menangis bila jatuh cinta??
Banyak soalan..tapi tidaklah pula terjawab…
Kusela melihat rupa…
Dia jatuh cinta ketika dalam solatnya…
Kerana itu jubahnya wangi walaupun selalu tertitis dek air mata…

Monday, 24 December 2012

Di sana adanya ukhrawi


Malam ini aku bersedih lagi..
Aku mencari punca kesedihan itu..
Mencari dan terus mencari..
Setelah bangkit dari tidur malam ini…

Angin di perbukitan kawasan ini…
Bagai menggelupur menangisi sesuatu..
Menghempap dedaunan tanpa rasa belas mahupun kasihan..
Daun berselirat di wajah bumi..
Berburung berperang sesama sendiri…

Malam ini hatiku berbisik lagi..
Hai hati…apakah yang kau tinggalkan hari demi hari??
Di balik pintu bilik di rumahmu, apa yang kau tinggalkan?
Aku terpaku di balik suara hati itu…

Di belakang pintu..
Ku tinggalkan seuncang besar kekuatan..
Kemari hadir di sini…
Ditemani rasa sepi berpanjangan..

Aku selak selimut yang tertebar di atas pembaringanku..
Mengintai-intai takdir yang diusung waktu..
Ketika waktu siang aku bermimpi aku laungkan azan..
Lantas pula mengimamkan solat jemaah yang ramai…

Aku mencari-cari..
Getus hati yang bercelaru..
Kenapa jadi begini dan begitu..
Kali ini kuselak daun pintu…
Merasakan Tuhan bersembunyi di balik itu..

Alam mengherdikku…
Aku bukan anak Tuhan..tapi aku hamba Tuhan..
Aku berjanji ingin balik ke hadrat Tuhan..
Sampai setengah jalan…
Dipukul badai nafsu..
Dilibas cemeti duniawi..
Aku lupa usul yang kupaut dulu..

Di malam hari ini…
Ketika ada rasa sayu bermukim..
Hati masih berkata-kata..
Ku cari di mana mulutnya hati itu..
Sebelum kutemui jawapannya..
Hati itu berpuisi merdu..
Dunia itu main-main tempat berlabuh sehari atau setengah hari..
Marilah mendaki tebing tinggi..
Di sana adanya ukhrawi..tempat selama-lamanya abadi…

Sunday, 23 December 2012

Wahai Rasulullah


Wahai kekasih…
Aku ini..terdengar suaramu dalam potongan ayat…
Dalam riwayat-riwayat yang telah berlalu..
Merdu suaramu tapi tidaklah ku dengar
seperti mereka mendengar…

wahai kekasih…
aku juga mendengar tentang peribadimu..
utuh walaupun ditelan waktu berkurun lamanya..
zaman semakin membaharu…
tapi dikau tidak pernah luntur…

Wahai Rasulullah…
Bagaimana aku ingin belajar merinduimu…
Sedang aku ini selalu berpelukan dengan dosa…
Selalu lupa untuk selawat padamu.…

Wahai Rasulullah…
Ingin aku menatap wajahmu…
Merangkul tubuh indahmu…
Mencium jemarimu…
Seperti mana yang dilakukan oleh para sahbatmu…

Wahai Rasulullah..
Aku membaca tentangmu…
Perwatakanmu…lalu ia hadir meninggalkan persoalan..
Di seluruh benak fikirku,…

Wahai Rasulullah…
Mampukah aku bertemu mu?
Seperti mana kekasih-kekasih Allah
Yang telah Dikau jenguk jiwa mereka???

Wahai Rasulullah…
Sungguh..aku belajar merinduimu…
Rindu ini hebat melanda jiwaku..
Bagaimana senyumanmu?
Aku terlalu ingin melihatnya..
Bagaimana tundukan pandanganmu…
Ingin sekali aku memerhatikannya…

Wahai Rasulullah…
Kekasih para mukmin…
Kekasih para malaikat…
Kekasih para pejuang…
Aku teramatlah ingin…
Bertemumu wahai Rasul…

Ya Allah…
Campakkan aku ke dasar lautan itu…
Agar aku mampu berenang di lautan kasih sayang Baginda…
Ya Allah…Dikau meniupkan rasa ini…
Oleh itu… sempurnakanlah rasa ini….

Saturday, 22 December 2012

Kekasih serupa..



Ketika aku bertandang ke rumah kekasihku..
Aku melihat dikau pun berserta di situ…
Di rumah itu…
Di rumah kekasihku…
Namun di hati tak terdetik rasa cemburu..
Ada senyuman salam…
Disambut jabat mesra kasih sayang…
Aku kenalmu???
Itulah soalan yang tertujah di hati hamba…
Rupamu jernih sekali…
Cintamu pada kekasihku dalam tak terperi…
Terperosok di bucu rumah itu..
Kau tidak malu menangis mohon simpati..
Belas ihsan…
Aku…sekadar memerhati…
Padahal dalam hati..
Petir menyabung bersatu guruh berdentum-dentum…!!
Bergoyang-goyang hatiku..
Agung benar cintamu pada kekasihku…
Cintaku pula,bagai air yang pasang surut…
Aduh…manusia hebat…!
Celaka aku,menduakan cinta kekasihku…
Aku lihat,air sedikit dalam telapak tanganmu..
Membasuh setengah anggota gerakmu..
Sempurna sungguh…
Aku tunduk malu..
Kasihmu dalam tak terperi..
Bagai kenal diri sendiri..
 Bagai diri sudah terdiri..
Bagai diri sudah tajalli..
Bagai diri sudah terperi..
Awal agamamu kau kenal dirimu..
Kekotoran dalam diri kau buang hari-hari..
Aku masih terpersona akan duniawi..
Kekasihku , kekasihmu serupa beraja di hati Allahurabbi… 

Friday, 21 December 2012

Guruku orang dekat dengan Tuhan

sebuah sampan dengan pendayung...
terbujur di daratan tepi kelapa tua...
masih elok utuh kayunya...
tapi sudah tidak diguna lagi...

sebuah sampan dan pendayung..
ingin kupinjam ke laut dalam..
di sana sembunyi banyak khazanah Tuhan..
tempat orang hilang akal ditarik Pencipta...

aku tidak pandai mendayung...
guruku pandai mendayung..
katanya sampan itu tarekah..
air itu juga tarekah...

mula berkayuh..
aku ditampar gelombang...
terus berkayuh..
aku berada dalam guruh yang mengamuk...itulah nafsu..

aku takut ya Tuhan..
lalu aku rebah terbaring
jauh di arena hitam pekat..
yang namanya lautan Tuhan...itulah namanya dunia...

hari berganti minggu..
aku tidak sedarkan diri..
siang mentarinya terik..
hangatnya tertikam sampai ke hati...itulah namanya ralit...

bulan sudah menjelma...
aku masih terbaring lesu tiada kudrat...
hujan mendatang titiknya mengenai kelopak mata...
tika itu jasadku disapa,mataku terbuka...itulah namanya sahabat...

aku bangkit lagi...tanganku menggeletar...
tubuhku susut hilang dagingnya..
dalam diam aku hilang nafas..
didakap sebak yang panjang menghela...

menggeletar itu hilang...
aku berkayuh lagi...
gelombang sudah tenang tapi bakal jenguk kemudian...
nah!kali ini datang lebih tinggi dari gunung Tuhan..
memukul aku di dalam sampan..

dayungku hilang...
nafasku tercungap..
jalanku masih jauh...
daratan tiada di sekitar...
nak berpaut pada dahan,aku bukan di perbukitan...
nak meminta tolong teman,aku bukan di kelompok orang..
bila aku mula tenggelam..
air menikam peparu..
baru aku tahu...
kebergantunganku pada Tuhan lebih nipis dari kulit bawang..

Namun...di saat aku lemas bukan kepalang,,
hadir jemari tangan menarikku tidak perlahan..
kulihat wajahnya bagai taman...
pipinya dihias jambang..
itulah saat guruku datang..
kerana guruku orang yang dekat dengan Tuhan...
tergamam aku...
terkesima aku...
terpana aku...
dek kata-kata memuji Tuhan...
ada permulaannya dimula dgn Basmallah...
ada pengisiannya redup dengan nasihat...
terima kasih kak...
nyatakan nasihat dalam rangkap-rangkap ayat...



Bismillahirrahmanirrahim.

Teruskan berlari.
Walau hakikatnya larian kau tertinggal di belakang.
Teman di depan sudah melambai-lambai kau untuk sama-sama bergandingan.
Namun kau jangan tergopoh gapah melangkah.
Jangan kau pilih arah pintas untuk terus mara ke hadapan.
Jalan ini masih panjang.
Perlukan pengorbanan.
Biar kau lambat.
Asal disetiap nadi langkahan kau.
Kau tak pernah tinggal Tuhan.
Dan saat tiba dihujung nanti.
Kau kan sedar.
Lambat atau cepat.
Bukan itu nilaian Tuhan.
Tapi usaha kau dalam merentas alam.
Dalam menuju jalan pulang.
slmat mduduki final exam


Thursday, 20 December 2012

Itu cara sufi…


Aku melihat..
Sufi di jalan hidupku…
Pakaian mereka compang camping…
Solat mereka di merata tempat…
Tiada hirau malu akan dunia…
Aku melihat..
Sufi di jalan hidupku..
Ragam mereka di luar jangkaan..
Sedang bercakap dia qiam..
Menyempurnakan 13 rukun dalam solat…
Aku melihat..
Sufi di jalan hidupku..
Merantau berkelana..
Hablulminannasnya terlalu cantik untuk dicerita…
Hablulminallahnya seolah-olah tiada lena menjenguk mata…

Aku ingin berkelana seperti sufi..
Menjauhi duniawi melepas penat di hati..
Merajakan Allah di ruang hati…
Namun..ketika aku sedar..
Jurang pada tebing kakiku…
Terlalu tinggi…
Andai berbekal tali-temali..
Masih belum tentu kujijak dasar maknawi…
Merangkak masih belum tentu..
Apatah lagi berlari tanpa dipimpin jemari..
Sedarlah sebuah jasad bertulangkan diri…
Ilahiantal maqsudi..
Waredhoka matlubi…

Wednesday, 19 December 2012

Dia menyanyi lagu...

halus memicing suaranya...
dari jauh didengar...
bergema sayup-sayup..
bagai bermadah dengan alam...

butir-butir sebutannya..
lontaran perasaannya...
didengar dalam dentuman ombak suaranya...
ada memuji..ada memuja..
ada menghina..bermacam rasa..

angin jadi muziknya..
berlatar sayu dan ngilu...
awan bergemalai..
kadang menari redup di dada langit..
suaranya itu merintih...
dengung bagai nak pecah kotak suara...

rupanya..
ada linangan air mata...
rupanya...
bukan kesenangan yang dia ada...
rupanya..
dia merangkak haus dan lara...
rupanya..
dia memnyanyi..
lagu memuja Tuhannya...
dia menyanyi menghina caci dirinya..

rupanya...
dia menyanyi lagu-lagu...
berbunyi sebuah pengampunan...
rupanya...
dia tidak ke mana...
tetap hamba yang tak merasa hamba...

dia menyanyi lagi dan lagi...
kalam karangannya...
merintih mengharap esok masih ada...
sebenarnya...
dia menyanyi lagu...
memujiMU menghinaku...
laguku lagu orang tak senang...
lagu orang mengharap pengampunan...

Aku telah mati


Tiga lapis kain panjang…
Ikut pula kesesuaian..
tujuh lapis juga menjadi rebutan…
Lebarnya mencukupi badan…
Berlapis papan-papan…
Sebagai kenderaan…
Wangian-wangian..
Berbau seram…
Cerita anak Adam…
Berputih mata…
Kembali pulang…
Jangan didinginkan..
Janganlah dipanaskan..
Berpadan-padanlah…
Aku baru lepas…
Sakit dari terbakar…
Jangan litupi wajahku..
Biarku pandang semuanya puas-puas…
Kerana…di sini detiknya…
Perpisahan terkahirku…
Tiada lagi mampu kulihat selepas ini..
Wajah-wajah yang kukasih…
Kerana garis pemisah ini tak mampu untuk ku langkah…
Hilanglah semua masalah duniawi..
Yang ada tinggallah…
Urusanku dengan Tuhanku…
Mencatur setiap sesuatu..
Tiada tertinggal..
Tiada tertinggal..
Kesemuanya ditilik diteliti..
Aduh…aku telah mengakui..
Aku telah mati…

Thursday, 13 December 2012

mata ini


Mata ini..
Ku guna sudah bertahun lamanya..
Banyak perkara yang kupandang..
Banyak kali sudah terpejam…
Mata ini…
Selalu memandang…
Ngeri hidup…
Tangisan dunia…
Gembira manusia…
Mati manusia…
Liang lahad…
Langit berawan..
Langit berhujan…
Mata ini…
Tak banyak menangis untuk Tuhan..
Mata ini..
Tak banyak menangis kerana keinsafan…
Mata ini…
Selalu berkelip..
Terbuka dan terpejam..
Mata ini…
Satu hari akan terpejam…
Selama-lamanya…
Waktu itu…
Mata ini tidak akan lagi…
Memandang keburukan…
Hanya bersoal jawab..
Tentang apa yang dilakukan..
Salah dan silap di sisi Tuhan…
Mata ini…
Jadilah mata yang baik…
Memandang yang baik-baik..
Agar cara rapatnya nanti baik-baik..

Tuesday, 11 December 2012

Wahai Bapa


Dikau bagai rembulan penuh..
Menyatakan cahaya walau dalam rimbun pepohon..
Andai dedaun kering menjadi baja…
Bagi tanah-tanah lembap..
Dikau pula, penyubur hati dunia..

Kami ingin menumpang dirimu..
Di bawah cahaya kami berbayang…
Dikau tidak berbayang…
Dikau tidak mampu digambarkan…

Sekiranya alam jadi pencerita..
Pasti kelu lidahnya alam..
Tidak mampu menggambarkan..
Di mana permulaan dan di mana akhirnya kalam…

Pada dirimu terlihatnya taman..
Pada dirimu terkerdip tatah-tatah berlian..
cukup pada tulisan..daku melihat bagai di depan..
Pada dirimu lengkaplah semuanya..

Wahai bapa sekalian bapa…
Sungguh mujahadah dalam merindumu…
Tak lepas dari dusta..
Daku terpelanting diduga dan diduga…

Wahai bapa sekalian bapa…
Seni bicaramu halus mulus…
Kasih sayangmu merantai neraka…
Syafaatmu menutup murka…

Wahai bapa sekalian bapa..
Penyata akhlak yang paling mulia…
Sejahteralah Dikau selamanya…
daku belajar merindumu cinta..

Wahai Allah yang Maha Esa…
Campakkan rasa kasih buatku…
Lemparkan rasa sayang padaku..
Limpahkan serpihan rindu untukku…
Agar aku dirinya itu…
Walau tidak kulihat di kaca mata…
Cukuplah daku merasa…
Indahnya bercinta dengan Nabi yang mulia…


Selawat dan salam buat Rasulullah SAW kpd ahli keluarganya,para sohabetnya R.anhum ajma'in...kpd para tabiin,tabi' tabiin,kpd roh2 ahlul bait,kpd mursyid2 yang 'arif billah,dan khususnya buat rohaninya Ghaus ul Azam Asstanii syeikh syed 'Abdul Baqi al Husaini al Bukhari al Bilvanis...

Terima Kasih


Terima kasih
Cuma itu yang kudamba…
Terima kasih…
Itu tanda orang yang menghargai…
Terima kasih..
Sekadar ucapan biasa…
Terima kasih…
Itu tanda sebuah ikhlas…
Terima kasih…
Keramatnya dirasa…
terima kasih…
perkataan anak kecil…
terima kasih..
tapi…
kerana terima kasih itulah..
mata mampu bergenang…
kasar menjadi lembut..
sakit mampu sembuh…
dendam jadi debu..
yang pasti..
terima kasih Tuan punya badan..
terima kasih wahai Tuhan…
memberi daku erti kehidupan…
terima kasih Tuhan…

bukan semua orang mampu ucap terima kasih...pada dua perkataan itu mampu merungkai berjuta maksud yang dipendam...huh!kpd yg pnh mberi,terima kasih smua...=)

Sunday, 9 December 2012

Berbaring di Benua kasihMu...


Air…membersihkn wajah dan tubuhku…
Angin…melenyap dan keringkan peluhku…
Tanah…menyelesakan perjlananku..

Ya Allah…
Dengan air itu aku membasuh kekotoran di jasadku…
Ya Allah…
Dengan  angin itu aku merasa akan nikmat udara…
Ya Allah…
Dengan tanah itu menyucikan kotor yang tak ku lihat…

Ya Allah…
Dengan ZatMu…sucikanlah yang di dalam jasadku…
Ya Allah…
Jadikan angin sebagai penerbang dosa-dosa laluku…
Ya Allah..
Dengan tanah kau kembalikan daku dalam keadaan sempurna…
Ya Allah dengan segala yang Dikau cipta…
Kembalikan aku kepadaMu…
Agar ada rasa nikmat..
Agar hilang rasa sedar…
Yang ada Cuma…
Rasa cinta yang membuak dalam…
Berbaring di benua kasihMu…

Saat Perkhabaran Datang



Kukikis karat tebal di hati..
Jemari ku luka..
Tertikam karat-karat hina..
Siapa yang hina?
Aku atau karat yang aku bina…?
Aku terus mengikis karat itu…
Mengharap air mata mampu
Melekukkan karat-karat di hati…
Seperti air melekukkan batu..
Kian hari…
Yang berkarat semakin teruk..
Jemari ku lumpuh…
Tangan ku patah…
Aku hilang daya…
Saban hari aku sedar..
Tapi aku tak bernyawa…
Saban malam aku terjaga..
Tapi langkahku sama juga…
Saban petang aku berjanji…
Aku masih mungkiri..
Menebal rasa berat…
Terhempap di bahu hati..
Tergalas di pundaknya jiwa…

Dulu rasanya enak…
Tiada fikir hujung dan pangkal..
Sekali melangkah ke sini..
Hujungnya tak mampu disampai kenderaan…
Pangkalnya tak tersentuh fikir waras…
Berkali diterjemah…
Tiada maksud terungkai..
Bila sampai rasa dan kefahaman…
Gambarannya perbuatan..
Saat perkhabaran datang…
Barulah tahu peritnya di jalan Tuhan…



Thursday, 22 November 2012

cerita orang

Hadam hari2 yg mendung cuacanya,
Mutiara halus ttap setia menjadi warna,
Corakkan alam yang makin tua usianya.                
Tapi adakala,
Saat camar mula pulang senja,
Dan mlm menjelma,itu
Hadiah Tuhan buat hambaNya,
Langit itu mula b'bintang,
Walau seketika cuma,
Tapi jujur,
Amat bermakna.
Akhir waktu yang berlalu,
Mata ini asyik masuk habuk,
Hati ini mcm layang-layang terbang tanpa arah,
Ditiup angin tersadai di dahan tua,
Dari yang bahagia terbang tinggi,
Tuhan izin perlahan-lahan jatuh menyembah bumi.
Kadang,
Aku rasa akulah paling bawah,
Duduk bersimpuh menyentuh tanah,
Tapi bila dengar kisah teman-teman,
Yang Tuhan uji tanpa kerelaan,
Baru aku sedar,
Rupanya mereka sudah terbaring dibumi Tuhan,
Lagi merobek hati.




sy teramatlah suke kata2 ni...thanx kpd yg mnulis dan yg mnujkannya kpd hamba....terima kasih...=)

Tuesday, 20 November 2012

harap pengampunan


Hujan mengiring resah  hatiku
Menghilang harga sebuah kehidupan..
Terang..membunuh dengan desakan…
Tertikam dan hilang arah tujuan…

Petang tiada cahaya datang
Malam menghadirkan wajah seram..
Terkaku aku..Terdiam aku…

Sakitnya ku pendam Hakikat ku terbeban..
Jiwa….runtuh lagi…Berlumur darah tiada warna…
Redup oh teranglah.. Ingin ku gapai cerita indah..
Inginku tiup Kabus yang sesak..
 Angin bagai jarum..Menembus ruang dagingku..
Tuhan,aku gugur…Bercumbu dengan dosa….
Tuhan, ku mencari…harap pengampunan…



lagu ni videonye mmg cannot go...so sape2 nk layan,layanlah...lagu pn sbenononye memboringkan..tp sebab suda tdak ada idea...layan jela...slmt memboringkan diri anda semua..huhu

Sunday, 18 November 2012

puisi terakhir buatmu..


Kita tahu antara kita berlaku banyak yang kurang..
Kita tahu antara kita berlaku banyak yang silap..
Kita tahu antara kita banyak berlaku yang muram..
Kita tahu antara kita banyak telah cipta kenangan..

Tapi kenangan itu hanya untuk daku yang memuja…
Menyesal mengenalmu bukan perkara yang perlu aku lakukan..
Merajuk panjang sekalipun, bukan bermakna aku bakal pulang kepadamu..
Ini bukan novel yang akhirnya hero bertaut kasih dengan cintanya..
Ini hakikat hidup..
Merasa aku akan dalamnya seksa..

Menyesal tiada guna…
Rinduku sudah dibawa angin..
Cintaku dihalang waktu..

Setanjak lamaku tak berganti..
Setanjak buruk sulaman tanganmu..
Biar berdebu di meja dadaku..
Sampai masa reput bersama cintaku…

Pintu hatiku bergoyang..
Pasung-pasungnya dah reput dimakan anai-anai..
Roboh pintu itu, hilanglah kamu..
Hilanglah kenanganku…
Hilanglah segala-galanya  yang ku ada tentangmu

Kamu bukan NUR yang menerangkan aku..
Tapi kamu NUR yang menerangkan apa yang jadi milikmu..
Kamu bukan rusukku yang disimpan Tuhan..
Tapi kamu rusuk Adam yang telah dicatit Tuhan..
Aku Adam yang lain namanya berbeza ketentuanNya..
Bergarit senyumku ditentukan tepat waktu untukku senyum…

Terakhir kali kusebutmu sayang..
Tapi bunyinya haram…
Terkahir kali kusebutmu rindu..
Tapi bunyinya tak merdu..
Terakhir kali kusebut namamu kasih..
Tapi membuatku sedih…
Yang layaknya kupanggilmu..
Terkahir kali kusebut di sini..
Selamat berjuang tunangan orang…
Selamat tinggal kenangan silam…







Saturday, 17 November 2012

hai awak


Hai awak…
Saya di sini..
Awak di sana..
Saya tak bermasam muka…
Melihat awak saya rasa bahagia…

Hai awak…
Saya tak mahu tengok awak lagi…
Saya dah tak boleh tengok awak lagi…
Tak mampu tengok awak lagi…

Hai awak…
Tangan awak dah bersarung cincin..
Bakal pula berjabat akad..
Berhias hantaran…
Saya tak boleh senyum..
Tapi saya perlu juga senyum..

Hai awak..
Bermajlis bersederhana..
Bersesuai akhlak dengan mahar..
Saya tak mahu jenguk awak lagi..

Hai awak..
Semoga kekal ke anak cucu..
semoga segala-galanya indah-indah..
selamat ke jinjang pelamin…=)

walau awak tak baca nukilan saya, tapi sy tetap doa untuk awak…walaupun tak seberapa,tp sebenarnya merangkumi sluruh jiwa dan raga…kata sunan kalijaga, dikau tetap rembulan walau dari sisi yang gelap…

Thursday, 20 September 2012

SATU CERITA BERKENAAN NAZAR.
Seorang lelaki yg sukar dpt anak berkata nazar sekiranya dia dikurniakan anak.
Tak kira anak lelaki atau perempuan, dia akan korban saekor kambing yg ekornya panjang sejengkal. Ditakdirkan setelah beberapa lama dia dikurniakan seorang anak. Tetapi masalah nya dia tak jumpa kambing yg ekornya pnjang sejengkal.
Puas dia mencari tapi semua kambing ekor pendek2...tak sampai sejengkal.

Dia pun bertanya lah pada org2 alim kt masjid masalah tu. Apa yg dia dapat?
@1. Dia digelak gelak di tertawakan..
@2. Di diherdik...Kenapa lah kamu ni bodoh sangat nazar yg susah. Kambing mana ada ekor panjang sampai sejengkal.
Makin pening lah masalah lelaki itu. Kemudian dia dinasihatkan olih org ditempatnya.
Kamu pergi kehujung kampung ini.... kt sana ada jalan mati.
Kamu tanya org dekat Jalan Mati tuu. Mana tahu mungkin dia bolih tolong.
Apa kah cara utk selesaikan masalah ini..?
Apa pula kata org kampung Jalan Mati....?

jawapannya:
Utk selesaikan masalah nazar tu..... berbekalkan sedikit maklumat.
Dia pun pergi ke hujung kpg cari org tua kt jalan mati cari org yg dimaksudkan.
Orgnya taklah nampak alim sangat tpi berharap masalah nazarnya dpt di atasi.
Setelah berjumpa dgn org yg dimaksudkan...lelaki itu ceritakan masalah nazarnya.

Orang kt jalan mati tu bertanya dgn lembut beberapa perkara:
@1. Masa bernazar, ada kamu kata jengkal spt tangan kamu? Dia jwb.... TAK
@2. Ada kamu kata sejengkal ikut tangan isteri kamu? Dia jwb... TAK
Jika begitu kamu ukur sejengkal ikut tangan anak kamu yg baru lahir tu.

Lega.. dlm hati tk kena kata mcm2 pun spt kt masjid tu...sambil senyum lebar.
Kalau sejengkal ikut tangan anak mmglah banyak kambing ekor panjang begitu.

kerana cerita ini sangatlah menarik dan telah ku copy dan ku "paste"kan dalam laman blog usangku ini...sbb aku bukanlah seorang yang pndai menulis,apatah lagi bercerita...
selamat membacalah deh.....!=)


Thursday, 13 September 2012

desa penawar


Desa pewar…
Ramai kelibat manusia di situ…
Dalam ceruk hutan sawit..
Apa mereka inginkan???
Ada tujuan yang tersendiri…

Di situ…
Dipagari…
Dengan kepelbagaian rasa hamba…
Rendah diri..
Rendah hati…
Tiada daya..
Di situ dicipta rumah taubat…

Di situ desa..
Tempat diuzlahkan jiwa..
Tempat diislahkan segala-galanya…
Maka…
Terbukalah pintu-pintu taubat…

Mereka yang kotor…
Menjalani hidup di situ…
Kerana di situ tempat taubat..
Dan taubat itu adalah pintu…
Pintu kemasukan ke daerah suci..
Milik Tuhan alam…

Desa penawar..
Lahir dari fikir…
Terbentuk dari maksud…
Terbina bersebab jisbah..
Berkerana satu matlamat…
Lalu berkatalah…
Ilahiantal maqsudi…waredhaka matlubi…

Tuesday, 11 September 2012

Dia punyai kekuatan..

dia bercerita padaku...
dengan rasa tidak ada gambaran..
kukecap dan kutangkap...
tapi tiadalah seindah yang merasa akan sebenarnya itu...

di mana perantaranya??
dia melihat tiadalah dirinya...
lenyap dan lenyap...
tangan sudah tiada rasa...

binasa sudah...
itulah perkara
yang tiada istilah atau erti abadi..
yang sebenar di depan mata...
yang hakikat dicerita rasa...

dia seakan-akan tenggelam...
dalam panorama indah tiada dilihat orang...
usul untuk kembali..
kembali pada yang asal..
jika tiada usul tak perlulah kembali
pada yang asal...

yang asal selalu ada...
yang usul diada-adakan...

benar kata-kata..
jisbah itu datang dari penyatuan...
terkena lemparan yang menyakitkan..
syukur jadi bawaan...
sabar disemat di dalam...

bicara orang yang telah musyahadah..
lahut itu tempat asyik...
setelah kehadratNya..
masuklah dia ke pintu tenang...

Wednesday, 25 July 2012

mursyidku dan sahabat2ku..


Pada pimpinan yang tidak kulihat…
Aku mulai merasa erti rindu…
Bertaut wajah tidak pernah..
Apatah menciumi tangan dan menghidu harumanmu…

Merabithahkanmu…
Mengharapkan kehadiranmu aduhai Seyda Q.S…
Kadang dikau menghadiri mimpiku…meniup rasa rindu…
Pada Ramadhan ini..pada detik ini…
Aku terlihat erti kemuraman diwajahmu…
Umpama desakan sakit..memikir umat yang jatuh..

Ya Allah…
Ramadhan menjelang…
Ramadhan bercahaya malamnya…
Aku doif kini…menumpang cahaya mereka yang ‘Arifbillah…

Pada jalan yang kulalui ini…
Sempurnakanlah rasa cinta yangtersekat,..
Pada haluan yang kujalani…
Selitkan RedhaMu…

Untuk sahabat yang tidak kupandang…
Dikau tali-tali yang tak pernah putus…
Mengheret dan mengheret..
Bila ada yang terjatuh…maka ada yang bersimpati…
Semoga kasih sayang bersambung seperti arus tak terlihat,,,….

Wednesday, 6 June 2012


Jika kau dengar jeritanku ini...
Menyahutlah..
Betapa ku rindukanmu..
Jika kau ketakutan mendengar pekik guruh..
Waktu awan menangis..
Tahulah dikau aku memikirkanmu..
Jika kau dengar sayu alunan gitar..
Berbunyi lagu sedih..
Begitulah alunan suaraku..
Tak pernah tenang bernada lagu kecewa..
Telah banyak tulisan yang kuhamparkan..
Yang kujalin-jalin berantai..
Di kertas putih bercoret-coret perit..
Bangun tidurku kadangnya terbayang baris gigimu..
Terpejam mataku adanya mendengar buruk tentangmu..
Sakitnya jiwa..
Seperti hilang tulang belakang tak mampu bertongkat berdiri...
Bertahun aku memendam..
Bertahun aku kesakitan..
Memikirkanmu umpama menanti waktu berhenti menunggu..
Walhal itu adalah halaman hati yang bersepah dengan kenangan...
Sekejap aku lupa memikirkanmu..
Dan untuk itu,kau hadir bertahun menyesakkanku..
Waktu tak pernah berhenti..
Cukuplah aku melambaimu dari jauh..
Agar tidak kunampak wajahmu..
Tidak kulihat senyuman ajaibmu..
Lantas tidaklah aku jatuh menangis memujamu..

Monday, 28 May 2012

adanya rasa sedih..

ya Allah aku sesat lagi..
aku sayu ya Allah...
aku tidak lama di sini..
setiap detik kubuang dan buang..
dan Kau tak pernah terlepas dari memandangku..
yang jahilku dicatit dan dicatit...
ya Allah...
aku dalam kekotoran...
memikul beban dosa yang kubina..
ya Allah...
mataku buta..
telingaku pekak..
hatiku rosak..
besar peringatanMu..
tapi tak terpahat di hatiku...
banyak kematian di mataku..
tapi tidak mecelikkan mataku..
beribu peringatanMU..
tapi tidak membuka telingaku...
ya Allah...
aku belajar mencintaiMU..
campakkan sedikit rasa kasihMU untukku..
biar aku gila..
biar hilang ruhku..
biar lenyap duniaku..
kerana aku bukanlah terbentuk..
kerana aku hanyalah lampiran tingkah..
yang menzahirkan sifatMu..
tetapi masih merasa aku..
buanglah daku..agar aku tidak rasa lagi siapa aku..
terbentuknya aku di rahim ibuku untukmu...
aku terlalu inginkan kasihMU...jangan bolak balikkan hatiku ya Allah...

Saturday, 28 April 2012

celiklah untuk cinta

pagiku terjaga..
perasaan kugenggam..
aku merangkak kehausan..
ketandusan yang tak terduga..
walaupun harapan telah hilang..
dan cinta sudah tidak berkumandang...
hati tetap ada kenangan..
rindukan kenangan ajaib silam..

aku masih tidak tenteram..
aku masih tergamam..
aku terlalu kecundang..

memerhati dari jauh..
memandang dalam sudut yang terperangkap...
kerlingan mata tak pernah bertaut..
aku merasakan kehadiranmu..
aku menghidu senyumanmu..
tak ingin mendekatimu..
mengetahui tentangmu..
hilang rencana hidupku..

orang lain miliki cinta..
tetapi hatinya separuh disimpan takut derita..
bila aku miliki cinta..
kuserapkan semuanya menuju jiwa..
bila cinta tidak lagi bermaya..
aku tertunduk menahan hiba..
disepak rindu bertalu-talu..
disimbah air mata tak henti-henti..
direjam kecewa sampai hari ini..

sedetik..dan detik-detik..
bunyi angin menyunyikan..
kau tiada lagi dalam diriku..
seindah kecewa hari itu..
indah lagi kekosongan yang terisi dan terbuang..
dengan gelak ketawa teman-teman..
mujurlah adanya Tuhan..
bermadah padaNYA dengan munajat dan rintihan..
hari ini..aku bebas..

aku menempah untuk kecewa..
dan aku belajar makna kecewa..
jika orang bercerita tentang kecewa bercinta..
aku bebas dari cinta dewasa..
cinta sebenarnya ingin kuraih sempurna..
campakkan cintaMU di jantungku..
agar setiap degupnya tiada lupa untukku memuja..
celiklah untuk cinta...

cinta Allah..
cinta Malaikat..
cinta Rasul...
cinta Allah satu..
cinta malaikat taat..
cinta rasul kasih sayang...=)


Friday, 27 April 2012

wajahnya samar...

melihat orang itu...
jantung hilang degupannya..
melihat orang itu..
kaki melangkah tak sederas selalu..
memerhati wajah itu..
ada ketulan rasa rindu...
menilik wajah itu..
dahsyatnya hamparan perasaan..

wajah itu..
muka itu..
wajah itu..samar...
tak meniti di birai mata..
tapi bersoal jawab jauh di sudut hati hamba..

wahai jantung berdeguplah..
wahai langkah..
jangan berhenti..
aduhai rindu lenyaplah...

hati dikau tidak bermulut..
jadi membisulah..
jangan biarkan keprihatinan jasad
melepaskan biacaramu..
kerana luahanmu selalu menduga jiwa..
tidurlah dalam gelap..
kerana kau miliki cahaya dalam gelap...
kerana itu kau hidup walau bisu di tempat gelap...

Sunday, 8 January 2012

REDHA



Mungkin aku melihat langit
Tapi siapakah yang mengetahui yang kuperhatikan..
Berdiriku mungkin tak tegak..
Tapi aku lelaki..

Pernah aku dipasung
Bermandi lumpur dunia..
Sehingga kotor rohani hitam hati..

Rimbun belantara melitupiku..
Gelap tidak berlampu..
Sesat di perhutanan orang yang sibuk..
Mengecap kesempurnaan lahiriah..
Aku di lerengan bukit yang menyuruhku terjun..
Membayar nikmat sia-sia..

Bintang memerhatikanku...
Tapi di mana suaranya untuk kuajukan soalan?
Perantaraan langit dengan bumi itu sejauh pandangan mata..
Jauh jarak antara rohani dengan Tuhan?
Terpukul dengan keangkuhan  sendiri..
Aku tidak ingin bergemalai di sini..
Melantunkan tubuh lalai..
aku ingin hidup dalam nikmat yang disebut sebagai  REDHA

setiap orang miliki kehidupan dan yang membezakan kehidupan itu ialah nikmat atau azab. Jatuh tidak semestinya tersungkur. Waktu jatuh bangkitlah ke permukaan akal, bentangkan segalanya biar terlihat yang tersirat dan biar jelas yang tersurat. Jatuh..bangun..berlari...

Dakwat tidak berwarna jadi noktah..


Batu asahan dari gunung ghaib kau guna..
Mengasah kilatan pada senjata itu..
Kau benamkan belatimu di jantung hatiku..
Letaknya pada kiri jasadku..
Pada belati itu..dilukis kiasan tulisan bercahaya..
Perkataan kejam tapi sayang...
Mengalir air mata..!!
Mencungap nafas yang hilang...

Emas lama dari gedung Qarun..
Tinggi nilainya kau jadikan jarum..
Kau tenggelamkan jarummu di hati sanubariku..
Duduknya pada kanan jasadku..
Jarum itu disepuh benang besi..
Menyeret ngilu keihlasanku..
Mengamuk rohku..
Tersandung di celahan kerumunan..
Jiwa yang telinga telah dipekakkan..

Meranalah aku di situ..
Mengayuh perahu di daratan..
Menangkap kabus di dasar lautan...                    
Sedangkan jantung yang dirodok
Hati yang ditikam
Sebenarnya bernafas menumbuhkan rindu yang berakar...

Pada pengakhirannya..
Buku perlu bernoktah..
Darah pasti kering..
Aku tidak pernah ketawa ditinggalkan
Pada musim yang lalu..dan hari  telah basi untuk ditimbal..
Aku perlu jadi orang baru..
Memerintah qalbuku menuju senyuman baru...
Yang membangkitkan aku dari tamparan sejuta kedhaifan....

Tempat usang dihias pengabdian



Aduh!!! Rindunya memikirkan kepulangan..
Harinya pasti hadir..menepati tidak lewat waima sesaat..
Aku ingin pejam mataku di situ..
Berteleku dalam kelubung yang tidak semua orang tahu...

Terbangunnya di situ..
Tidak siapa sangka...
Kediaman  lama sudah usang dan berdebu...
Didakwah dengan azan pada setiap penjurunya..
Dibangunkan dengan qiam tegak berserah..
Dialun gemersik kisah Lembu Sapi Betina..
Ditemani iringan Ya Siin..
Pada hinggukan yang kian tenggelam..
Semoga sempurna tertegak kekuatan..

Pada fikir mulanya..
Disertakan munajat..
Air mata kini berlinang....
Panas rasanya pipi membiarkan..
Terdiri sudah titik baru..
Bukan permulaan tapi penerajuan..
kediaman lama ditinggalkan..
Tempat pengabdian kini dihiaskan..
Oleh penyatuan..
Maksud..Fikir..Jisbah..hati...
semoga suatu hari diqiamatkan...

Tuesday, 3 January 2012


Belulangku dingin..
Mengingat kecundang air mata semalam..
kau buat aku keliru...
Kepingan pasrah yang berterusan merebak...
Tika hujan menyapa malam dan siang..
Kau dilihat seperti pejuang yang berjuang tewas..
Dan jasamu dikenang-kenang hati yang malang...
Bibirku sudah kering menyebut tentangmu..
Mataku sudah layu mengharap bintang memotretkan pesonamu...
Lidahku sudah patah ingin menyapamu...
Telingaku sudah rosak mengingat jerit ketawamu...
Urat-uratku berbelit simpul mati..
Naluriku terperangkap..
Di bawah bantal tempat aku melangsungkan mimpi..
Hari sudah gelap..
Saban masa panggilan tentang kewujudanmu..
Mencantas kewarasanku...
Sudah tiba masanya..
Aku berhenti memaku dari terus memaku..
Namamu di hatiku..
Disebabkan gelombang di laut dalam tidak lagi
Berkocak seperti waktu ribut bertandang.... 
Walaupun kau sentiasa terzahir pada waktu yang tidak kuduga kau datang...